Ashleigh Goddard banggakan Arsenal Ladies

Pemain skuad simpanan Arsenal Ladies iaitu Ashleigh Goddard membanggakan Arsenal Ladies apabila dinamakan sebagai pemain terbaik dan penuh skill Britian street soccer menewaskan 23 lagi persaingan yang terdiri daripada pemain lelaki dan perempuan..

Ashleigh Goddard yang merupakan pemain prospek masa depan Arsenal Ladies baru sahaja berusia 17 tahun.. Apa-apa pun Atikah nak ucapkan tahniah kepada Goddard dan harap-harap selepas anugerah ini dia akan dipanggil membantu skuad Arsenal Ladies dibawah pimpinan Tony Gervaise.. Adios!!
Read More

Arsenal Ladies belasah Bristol Academy

Atikah nak minta maaf sebab lambat postkan memandangkan Atikah busy sikit kebelakangan nie.. Arsenal Ladies yang baru sahaja mencatatkan kemenangan besar mengatasi Bristol Academy pada 13 Disember yang lalu untuk membolehkan mereka melonjak ke tangga kedua liga dengan 7 perlawanan di dalam tangan..

Kim Little sekali lagi memacu pasukan ladies Arsenal untuk mencatat kemenangan 8-0 walaupun dia hanya menjaringkan 2 gol pada perlawanan ini iaitu menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-13.. Little menjaringkan gol ke-28 nya musim ini pada minit ke-74..

Jayne Ludlow pula menjaringkan gol keempatnya untuk musim ini pada minit ke-26 untuk memberikan pendahuluan 2 gol untuk pasukan Arsenal..

Helen Lander pula menjaringkan gol ketiga perlawanan pada minit ke-31 dan ke-8 nya untuk musim ini.. Ketinggalan 20 gol dibelakang Kim Little..

Gemma Davison membuka pesta gol untuk separuh masa kedua hasil rembatan padunya dari kotak penalti pada minit ke-58 yang sukar untuk ditepis penjaga gol Bristol Academy.. Ini merupakan gol ke-7 nya musim ini untuk membolehkannya berada di tempat ketiga senarai penjaring gol Arsenal..

Katie Chapman yang semakin menghampiri pintu keluar Arsenal pada bulan Mac nanti selepas sah akan menyertai Chicago Red Stars.. Chapman jelas mahu memastikan dia meninggalkan Arsenal dengan satu kejayaan yang akan dikenang fan Arsenal Ladies.. 6 gol sudah dijaringkan Chapman musim ini..

Jennifer Beattie strike again!! Hanya 7 minit diperlukan Beattie untuk menjaringkan gol ini selepas masuk mengantikan kapten pasukan Faye White.. Hmm.. Pemain pertahanan berusia 18 tahun nie memang patut bermain sebagai pemain penyerang.. 6 gol sudah dijaringkannya.. Dan kebanyakan gol yang dijaringkannya itu muncul sebagai pemain gantian!!

Danielle Carter menjaringkan gol pertamanya untuk skuad Arsenal Ladies selepas menjaringkan gol terakhir menentang Bristol Academy pada minit ke-80 seminit selepas Beattie jaringkan gol.. Kemenangan besar ini membolehkan Arsenal Ladies berada ditempat kedua carta liga dibelakang Sunderland Ladies dengan ketinggalan 7 mata dan Arsenal Ladies masih mempunyai 7 perlawanan di dalam tangan!!

Arsenal Ladies akan berehat sehingga 10 Januari nanti dengan perlawanan pertama selepas berehat hampir sebulan menentang Sunderland yang menewaskan Arsenal 2-1 di dalam saingan liga selepas dibelasah Arsenal Ladies 5-1 seminggu sebelum itu..

Namun kali ini Arsenal Ladies dan Sunderland Ladies membuat perhitungan di saingan Piala FA pusingan keempat.. Arsenal perlu menang untuk mencerahkan peluang mempertahankan piala ini dan mencerahkan peluang memenangi treble iaitu kejuaraan liga, Piala FA dan Women's Champions League.. Adios!!
Read More

Live game musim depan di ESPN

ESPN disahkan akan menyiarkan perlawanan FA Women's Premier League yang akan dikenali sebagai Women's Super League mulai musim depan.. Ianya satu berita baik buat peminat-peminat Arsenal yang mahu menonton perlawanan Arsenal Ladies mulai musim depan..

Atikah harap ESPN astro di Malaysia ini juga tidak ketinggalan untuk menyiarkannya walaupun siaran ulangan.. Dan sejujurnya Atikah teramat-amat gembira apabila Atikah mendengar berita ini.. Selalunya kalau nak tengok kena fly ke London.. Walaupun tiket kadang-kadang free tapi tiket kapal terbang dengan penginapan saja sudah cukup mahal..

Tapi dengan ESPN mengambil alih kita juga boleh melihat highlights atau pun kita boleh tengok game secara perlawanan dengan lebih mudah berbanding sebelum ini dengan hanya perlu online sahaja.. Jadi sememangnya perjanjian ini memberikan sedikit kelebihan untuk Atikah memberikan post match perlawanan Arsenal Ladies dengan lebih bagus lagi..

Lagenda Arsenal Ladies iaitu Kelly Smith yang sebelum ini merungut kerana sukar untuk menyaksikan perlawanan pasukan Arsenal Ladies nampaknya boleh menarik nafas lega selepas ESPN akan menyiarkan perlawanan tersebut.. Dan Kelly Smith boleh mengajak rakan-rakan sepasukan the Gunners seperti Alex Scott, dan yang akan menyertai mereka tahun depan ialah Katie Chapman.. Adios!!
Read More

Everton Ladies kecewakan Arsenal Ladies !!

Berita yang paling Atikah x suka.. Arsenal Ladies gagal mempertahankan trofi Premier League Cup apabila tewas 2-1 di masa tambahan.. Nampaknya bye-bye trofi ke-15 untuk Katie Chapman sebelum melangkah meninggalkan Arsenal Ladies bulan Mac tahun depan..

Everton mendahului seawal minit ke-3 sebelum Arsenal Ladies terpaksa bermain seramai 10 orang semasa perlawanan baru berusia 25 minit selepas penjaga gol Arsenal iaitu Emma Byrne dilayangkan kad merah selepas menumbuk pemain Everton..

Disangkakan Everton mampu menewaskan Arsenal dengan mudah.. Namun pemain-pemain Arsenal memastikan ianya tidaklah semudah yang disangkakan.. Arsenal dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain Everton.. Kim Little tidak mempersia-siakan peluang untuk menyamakan kedudukan dan menjaringkan gol ke-26 nya musim ini pada minit ke-36..

Semasa perlawanan seakan-akan ditentukan menerusi sepakan penalti.. Pemain Everton akhirnya berjaya menumpaskan pasukan Arsenal Ladies 2-1.. Namun Atikah tabik pemain-pemain Arsenal Ladies yang beraksi bermati-matian tanpa seorang pemain.. Adios!!
Read More

Goodbye Katie Chapman

Tiada lagi Katie Chapman tahun hadapan pada bulan Mac dan tiada lagi kelibat anak lelakinya yang comel-comel iaitu Harvey dan Riley.. Atikah telah pun mendapat pengesahan dari Emma Hayes iaitu bekas penolong pengurus Arsenal Ladies yang kini bertugas sebagai pengurus kelab yang akan disertai Chapman iaitu Chicago Red Stars.. Chapman akan menyertai mereka pada permulaan musim baru liga WPS tahun hadapan..

Chapman yang kini berusia 27 tahun mula menyertai Arsenal dari Charlton Athletic pada 1 Ogos 2006.. Namun selepas mempunyai musim yang mengkagumkan pada musim pertamanya Chapman terlepas aksi sepanjang musim 2007/2008 selepas disahkan mengandung.. Namun Chapman kembali pada musim 2008/2009 dan kembali ke prestasi asalnya..

Sepanjang bersama Arsenal selama 4 musim.. Chapman telah memenangi 14 piala bersama Arsenal dan mungkin boleh memenangi piala ke-15 nya jika berjaya membantu Arsenal Ladies menjulang piala Premier League Cup pada bulan Februari ini..

Katie Chapman akan mengikut bekas rakan sepasukan the Gunners iaitu Karen Carey yang kini beraksi bersama Chicago Red Stars.. Dan mengikut jejak langkah lagi 2 lagi rakan sepasukannya di Arsenal iaitu lagenda Arsenal Ladies Kelly Smith dan hero di final Women's Champions League 2007 Alex Scott yang beraksi di US..

Apa-apa pun Atikah ucapkan selamat maju jaya kepada Katie Chapman.. Dan terima kasih atas aksi yang memukau sepanjang bersama Arsenal.. Adios!!
Read More

Arsenal belasah Watford

Arsenal Ladies berjaya membelasah Watford 6-2 untuk merapatkan jurang dengan pendahulu liga dengan Arsenal Ladies masih mempunyai 5 perlawanan di dalam tangan.. Tetapi disebalik kemenangan ini Atikah ada satu berita yang sangat-sangat sedih.. Tapi Atikah akan beritahu sebaik sahaja selesai post match perlawanan menentang Watford.. Iaitu di dalam artikel lain..

Julie Fleeting yang kembali bersama pasukan bulan lepas selepas selamat melahirkan anak perempuan kembali menemui sentuhan terbaiknya apabila menjaringkan gol pembukaan untuk Arsenal Ladies seawal minit ke-11.. Ini merupakan gol kelimanya sebaik kembali bersama pasukan..

Namun pada minit ke-38 Watford berjaya menjaringkan gol penyamaan selepas Gilly Flaherty menolak masuk bola ke gawang sendiri.. Tamat separuh masa pertama Arsenal Ladies terikat 1-1 bersama Watford..

Katie Chapman menjaringkan gol ketiga perlawanan dan kedua untuk Arsenal pada minit ke-52 untuk sekali lagi memberikan pendahuluan kepada Arsenal.. Ini merupakan gol ke-5 nya bersama Arsenal sepanjang musim ini..

Kim Little meneruskan aksi konsistennya menjaringkan gol apabila memberikan pendahuluan 3-1 ke atas Watford semasa perlawanan memasuki minit ke-69.. Ini merupakan gol ke-25 nya dalam 15 perlawanan !! Wow.. Satu rekod yang cukup mengkagumkan.. Namun 3 minit kemudiannya Watford merapatkan kedudukan kepada 3-2..

Gemma Davison memberikan advantage 2 gol selepas menjaringkan gol ke-6 nya musim ini pada minit ke-73..

Penolong kapten pasukan Arsenal Ladies iaitu Jayne Ludlow menjaringkan gol ke-3 nya musim ini selepas menjaringkan gol pada minit ke-79 untuk memberikan pendahuluan 5-2..

Helen Lander melengkapkan kemenangan 6-2 Arsenal apabila menjaringkan gol sebelum seminit lagi masa sebenar perlawanan ditamatkan.. Ini merupakan gol ke-7 nya musim ini untuk membolehkannya berada di tempat kedua sebagai penjaring terbanyak skuad Arsenal Ladies dibelakang Kim Little.. Adios!!
Read More