Arsenal Ladies ubati luka

Atikah ucapkan tahniah kepada skuad Arsenal Ladies yang menundukkan seteru setempat Arsenal iaitu Chelsea walaupun fan Arsenal kecewa dengan kekalahan skuad lelaki kira-kira beberapa minit sebelum Arsenal Ladies mengesahkan kemenangan mereka bagi mengubati kekecewaan fan-fan Arsenal..

Gemma Davison menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-56 untuk memastikan Arsenal mendahului di mana sewaktu mereka mendahului pasukan lelaki Arsenal telah pun ketinggalan 2-1..

Penyerang muda berbakat berusia 16 tahun Arsenal Ladies iaitu Danielle Carter menjaringkan gol keduanya sepanjang musim ini untuk membantu Arsenal mendahului 2-0 dengan perlawanan berbaki 9 minit untuk ditamatkan di mana sewaktu itu secara sah dan rasminya skuad lelaki Arsenal telah pun tersingkir selepas tewas 3-1 kepada Stoke dalam saingan Piala FA..

Lianne Sanderson berjaya merobek gawang Arsenal yang dikawal Emma Byrne sewaktu perlawanan berbaki 6 minit untuk ditamatkan.. Untuk pengetahuan semua Sanderson yang berusia 21 tahun ini merupakan bekas pemain Arsenal sebelum menyertai pasukan kesayangannya Chelsea pada awal musim 2008/2009 selepas muncul penjaring terbanyak pasukan Arsenal menewaskan Julie Fleeting dan juga Kelly Smith pada musim 2007/2008..

Dengan kemenangan ini Arsenal merapatkan jurang dengan skuad wanita Sunderland di persada liga dengan perbezaan 4 mata di mana skuad Arsenal Ladies mempunyai 6 perlawanan di dalam tangan.. Adios!!
Read More

Kim Little hero Arsenal

Arsenal Ladies berjaya layak ke peringkat suku akhir Piala FA selepas menewaskan Sunderland 4-1.. Namun kemenangan ini bukanlah semudah banyaknya gol yang dijaringkan Arsenal Ladies.. Mereka berjaya menang melalui masa tambahan selepas diikat seri 1-1 pada masa sebenar perlawanan sebelum Kim Little menjaringkan hatrik untuk memastikan Arsenal mara ke peringkat seterusnya..

Pemain yang semakin menghitung harinya untuk meninggalkan Arsenal untuk menyertai Chicago Red Stars pada bulan Februari ataupun Mac menjaringkan gol pembukaan menerusi tandukan pada minit ke-66 selepas aksi cemerlang penjaga gol muda Sunderland selepas rembatan Helen Lander terkena palang.. Ini merupakan gol ketujuhnya sepanjang musim ini..

Semasa 4 minit masa kecederaan diberikan Arsenal seakan-akan mara ke pusingan seterusnya.. Namun gol sendiri oleh Ciara Grant menyaksikan pemain Arsenal terpaksa berjuang sekali lagi untuk memastikan tempat ke pusingan seterusnya..

Kim Little yang menjaringkan hatrik untuk memberikan kemenangan kepada Arsenal telah pun meledak 31 gol sepanjang musim ini!! Bayangkanlah seorang pemain tengah yang lakukannya itu.. Little menunjukkan aksi memukaunya selepas membocori gawang Sunderland pada minit ke 98 sebelum menjaringkan gol keduanya seminit selepas itu.. Little melengkapkan hatrik menerusi rembatan dari jarak 15 ela pada 6 minit sebelum tamat masa tambahan..

Sememangnya aksi yang ditunjukkan Kim Little ini semakin mencerahkan peluangnya untuk memenangi pemain terbaik wanita dunia jika berjaya membantu Arsenal menjulang trofi liga, Piala FA dan juga UEFA Women's Champions League.. Tapi ianya penting juga untuk beraksi cemerlang bersama skuad negaranya..

Apa yang pasti Atikah amat yakin Little mampu menewaskan Marta untuk anugerah ini jika berjaya menampilkan aksi konsisten.. So good luck Kim Little.. Masa depanmu cukup cerah sekali.. Harap-harap dia terus bersama Arsenal jika ada tawaran daripada pasukan di liga Amerika di mana Liga Amerika adalah yang terbaik untuk pemain wanita.. Adios!!
Read More