Arsenal Ladies julang trofi pertama musim ini

Atikah dengan berbesar hatinya mahu memberitahu tentang keputusan akhir London County Cup minggu lepas di mana Arsenal Ladies mudah menumpaskan Millwall 6-0 untuk menjulang trofi pertama mereka musim ini di bawah bimbingan jurulatih baru iaitu Laura Harvey..

Ini juga merupakan kejuaraan keempat berturut-turut Arsenal Ladies menjulang kejohanan London County Cup yang dianjurkan selama 2 tahun sekali ini.. Dan keempat-empat perlawanan tersebut Arsenal Ladies menumpaskan Millwall Lioness.. Ini juga merupakan kali kesembilan mereka menjulang trofi yang berprestij untuk kelab di sekitar London..

Kejayaan ini hanya hadir lebih kurang 2 minggu selepas mereka dikecewakan FCR 2001 Duisburg di dalam peringkat suku akhir UEFA Women's Champions League selepas tumpas 4-1 kepada juara bertahan eropah ini.. Mereka membuktikan ketahanan mental mereka cukup kuat sehingga mereka menjulang trofi pertama di bawah bimbingan Laura Harvey..

Laura membuat keputusan menurunkan penjaga gol ketiga Arsenal Ladies dan pemjaga gol utama skuad simpanan iaitu Sarah Quantrill pada perlawanan ini dengan merehatkan Emma Byrne.. Namun Sarah membuktikan dia juga mampu beraksi sebaik Emma Byrne apabila berjaya mengelakkan gawangnya dari dibolosi..

Arsenal Ladies meneruskan kehambaran mereka semasa separuh masa pertama apabila hanya berjaya menjaringkan 1 gol.. Terima kasih kepada penyerang Helen Lander apabila meledak pada minit ke-12 sebelum menjaringkan gol ketiga belasnya musim ini pada minit ke-57..

Kim Little kembali menjaringkan gol apabila menjaringkan 2 gol pada perlawanan ini masing-masing pada minit ke-51 dan 54.. Setakat ini Little telah menjaringkan 36 gol untuk skuad Arsenal Ladies musim ini..

Jennifer Beattie yang boleh beraksi sebagai pemain bek atau pemain tengah yang di bawa masuk awal musim ini terus beraksi cemerlang dalam musim pertamanya musim ini apabila menjaringkan gol kelapannya musim ini pada minit ke-73..

Melengkapkan kejayaan 6-0 Arsenal Ladies ialah hasil jaringan gol sendiri dari pemain Millwall 4 minit sebelum tamat perlawanan.. Tahniah Atikah ucapkan kepada pasukan Arsenal Ladies atas kejayaan ini dan semoga ini bukanlah trofi terakhir mereka musim ini dengan kejuaraan liga dan Piala FA menanti untuk melengkapkan hatrik buat 2 musim berturut-turut..

Sebelum Atikah terlupa, Arsenal Ladies disahkan menurut serta 7 lagi pasukan untuk format baru liga wanita England yang akan digunakan pada tahun 2011 untuk menaikkan lagi nama liga wanita England setaraf liga wanita US.. Adios!!
Read More

Harvey mahu Ladies ikut jejak Arsenal man

Pengendali baru Arsenal Ladies, Laura Harvey yakin pasukannya mampu mengikut jejak langkah skuad lelaki Arsenal yang kembali dari kekalahan 2-1 pada first leg semasa menentang FC Porto sebelum membelasah Porto 5-0 di laman sendiri..

"The tie is still in the balance but the fact that we scored an away goal is big.. We’ve made our chances better by staying in the game.. We played a much better second half than the first when we were never really in the game.. I liked the way we put pressure on them after the interval.. Duisburg maybe have more experience than us, and have many senior internationals in their team.."

"But I am pleased with the performance of my team.. It was the expected difficult and tight match for both teams and we have got the important away goal we wanted.. On Tuesday night the men were able to turn over a 2-1 deficit and win 5-0.. Let’s hope we can do the same!!"

Laura Harvey juga yakin walaupun skuad Arsenal Ladies hampir setiap masa ketika musim perpindahan kehilangan seorang tonggak utama pasukan masih mampu untuk mara ke peringkat separuh akhir menewaskan juara bertahan FCR 2001 Duisburg esok seperti mana mereka lakukan pada tahun 2007 apabila menjulang trofi eropah pertama mereka dan untuk kelab wanita England selepas menewaskan juara bertahan Umea IK 1-0..

"If you put both teams down on paper I think a lot of people expected us to come away maybe defeated by a big scoreline on Wednesday but we knew we had a gameplan and we stuck to it and frustrated them at times.."

"They had chances but we didn't give up and even when we went 2-0 down, some teams would crumble but we just carried on fighting and got a lucky break with the own goal.. But I think we deserved that on the night and it has left us in good stead for Sunday.."

"I have grown to have a lot of admiration and respect for the players at the Club.. No matter what, in big games they turn it on.. In the last 12 months it has been hard with the players who have gone, and the quality of those players, a lot of teams would stop winning games not to mention trophies.. But this club and this team consistently keep doing that regardless of which players we lose.. It's a credit to them and the youngsters we have got coming through are really stepping up to the mark.."

"It will be tense on Sunday but that is what football is about.. That was our main aim from the first leg, to stay in the game so that Sunday was a) a spectacle and b) gave us a chance to progress through, which is the ultimate aim.. So I think it will be tense, I think as much for them as for us.. Like I say I think they expected it to be a relatively easy game I think, so we shocked them a little bit.. We've seen what they are about and we've seen what we can do, and we know there are things we can do better, so if we can put those things right we have a great chance.."

"I think a lot of things come massively into play.. If we went gung-ho and went for it from the first whistle, you open yourself up to conceding.. But from Wednesday we looked at ourselves and said that we could have been a bit better when we had the ball. We worked really hard when they had the ball but when we got it we could have used it more.. So that's the thing to work on for Sunday.. We need to keep up the good work we did defensively on Wednesday and keep the ball better as well and play the football we know we can play.."

Arsenal Ladies memang mempunyai nasib yang cukup serupa seperti pasukan lelaki apabila akan turun beraksi esok tanpa kelibat tonggak utama, nadi pasukan musim ini dan juga penjaring terbanyak pasukan iaitu Kim Little yang digantung 1 perlawanan.. Namun berita baiknya penyerang prolifik Arsenal Ladies Julie Fleeting dijangka kembali selepas mengalami kecederaan..

"It is a big loss, she is a world-class player and she has got the plaudits over the last couple of seasons.. But we have to plan for that, she's just another player we have lost.. We are used to that and we are resilient, we know that no matter what we will give it our best shot.."

"We have Julie Fleeting potentially back for the weekend, Danielle Carter can play in the Kim Little ole, so can Jennifer Beattie, Jayne Ludlow can play a little bit higher up... we have a few options.. We are training again on Saturday so we will iron out what we're going to do and go from there.. There is a little bit of competition for places which is a nice problem for me to have.."

"Whoever plays, I am thriving on the challenge.. Most people wrote us off before we kicked a ball on Wednesday but I believed in what we were doing, I think the players believed in the gameplan we set out.. Winning League and Cup games is great but the Champions League is a whole new ball game.. It's my fifth game in and it's the second leg of a Champions League Quarter-Final so I'm enjoying it.." Adios..
Read More

Arsenal Ladies tewas 2-1

Arsenal Ladies gagal untuk mencatatkan kemenangan mengatasi juara bertahan UEFA Women's Champions League selepas tewas 2-1.. Berita baiknya Arsenal Ladies memperoleh jaringan di tempat lawan selepas free kick Kim Little ditolak masuk pemain FCR 2001 Duisburg ke jaringnya sendiri..

Separuh masa pertama sekali lagi Arsenal Ladies gagal beraksi cemerlang.. Ianya jelas sekali menjadi punca utama skuad Arsenal Ladies tewas malam semalam.. Namun skuad Arsenal Ladies berjaya menampilkan aksi terbaik mereka pada separuh masa kedua sehingga terciptanya gol sendiri tersebut..

Namun jika skuad Arsenal Ladies lebih tajam di hadapan gol sudah semestinya Arsenal Ladies mampu mencatatkan kemenangan.. Namun apa-apa pun skuad Arsenal Ladies perlu beraksi secermelang mungkin di tempat sendiri untuk mara ke peringkat separuh akhir UEFA Champions League..

Laura Harvey yang mengendalikan pasukan Arsenal Ladies di Eropah buat pertama kalinya baru tewas 1 perlawanan di bawah kendaliannya bercakap kepada media selepas perlawanan.. "We played a much better second half than the first when we were never really in the game.."

"I liked the way we put pressure on them after the interval.. I am pleased with the performance of my team tonight, especially in the second half.. It was the expected difficult and tight match for both teams and we have got the important away goal we wanted.."

Penjaga gol utama skuad Arsenal Ladies iaitu Emma Byrne patut diberikan pujian selepas hanya melepaskan 2 gol dari 12 percubaan merbahaya pemain Duisburg.. Byrne jelas sekali menyelamatkan Arsenal Ladies daripada dibelasah oleh juara bertahan Eropah tersebut..
Read More

Arsenal Ladies 4 - 1 Blackburn

Arsenal Ladies berjaya menewaskan Blackburn Ladies 4-1 walaupun beraksi agak hambar di separuh masa pertama dengan Blackburn menjaringkan gol sendiri untuk memberikan pendahuluan kepada Arsenal sebelum mereka menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama..

Namun pada separuh masa kedua Arsenal mula menunjukkan cara mereka apabila dalam tempoh 20 minit sahaja mereka menjaringkan 3 gol.. Dimulakan dengan jaringan dari Gemma Davison untuk gol kesepuluhnya musim ini..

Danielle Carter menjaringkan gol ketiga Arsenal untuk mendahului 3-1 untuk gol ketiganya musim ini..

Jayne Ludlow pula melengkapkan kemenangan Arsenal Ladies apabila rembatannya tepat ke gawang untuk gol ketujuhnya musim ini.. Dengan kemenangan ini Arsenal Ladies kini mendahului carta liga dengan 33 mata dengan 4 perlawanan di dalam tangan berbanding Sunderland Ladies.. Adios!!
Read More

Arsenal Ladies belasah Tottenham

Arsenal Ladies melangkah bergaya untuk mempertahankan trofi London County Cup selepas membedil musuh terdekat Arsenal iaitu Tottenham Hotspurs 10-0 semalam.. Kejayaan ini merupakan kejayaan terbesar pertama untuk pengendali baru Laura Harvey dan sesuatu yang akan dibanggakan semua peminat setia Arsenal di mana jelas sekali Arsenal jauh lebih bagus dari Tottenham..

Arsenal bermula dengan perlahan selepas 3 minggu tidak beraksi kerana perlawanan antarabangsa menyaksikan Tottenham mendominasi.. Namun Arsenal Ladies masih berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan cukup bergaya.. Untuk pengetahuan anda, ini mungkin merupakan perlawanan terakhir untuk Katie Chapman yang menunggu masa untuk meninggalkan Arsenal untuk ke Chicago Red Stars..

Helen Lander meledak hatrik pertamanya bersama Arsenal sejak menyertai Arsenal pada musim sejuk tahun lepas.. Ini merupakan gol ke-11nya sepanjang musim ini untuk berada di tempat kedua senarai penjaring terbanyak Arsenal Ladies di belakang Kim Little yang tidak beraksi semalam..

Pemain yang baru ditandatangan semasa musim perpindahan musim sejuk yang lalu berjaya menjaringkan gol pertamanya untuk Arsenal di mana dia meledakkan hatrik pada perlawanan semalam..

Lauren Bruton menjaringkan 2 gol pada perlawanan semalam yang dibarisi kebanyakannya pemain yang bukannya tonggak utama skuad utama kecuali penjaga gol, Emma Byrne dan penolong kapten pasukan, Jayne Ludlow.. Ini merupakan gol keempatnya musim ini..

Jayne Ludlow pula menjaringkan 1 gol pada perlawanan ini untuk terus meranakan pemain Tottenham.. Ini merupakan gol keenamnya musim ini untuk pemain tengah yang mempunyai rembatan padu ini..

Gemma Davison yang berada di prestasi terbaiknya musim ini melengkapkan kemenangan besar Arsenal Ladies terhadap Tottenham.. Davison telah pun menjaringkan 9 gol sepanjang musim ini.. Adios!! WE ALL PROUD OF YOU ARSENAL LADIES!! TOTTENHAM NEVER CAN BEAT ARSENAL..
Read More