Arsenal Ladies belasah Bristol Academy
Arsenal Ladies akan berehat sehingga 10 Januari nanti dengan perlawanan pertama selepas berehat hampir sebulan menentang Sunderland yang menewaskan Arsenal 2-1 di dalam saingan liga selepas dibelasah Arsenal Ladies 5-1 seminggu sebelum itu..
Live game musim depan di ESPN
Atikah harap ESPN astro di Malaysia ini juga tidak ketinggalan untuk menyiarkannya walaupun siaran ulangan.. Dan sejujurnya Atikah teramat-amat gembira apabila Atikah mendengar berita ini.. Selalunya kalau nak tengok kena fly ke London.. Walaupun tiket kadang-kadang free tapi tiket kapal terbang dengan penginapan saja sudah cukup mahal..
Tapi dengan ESPN mengambil alih kita juga boleh melihat highlights atau pun kita boleh tengok game secara perlawanan dengan lebih mudah berbanding sebelum ini dengan hanya perlu online sahaja.. Jadi sememangnya perjanjian ini memberikan sedikit kelebihan untuk Atikah memberikan post match perlawanan Arsenal Ladies dengan lebih bagus lagi..
Everton Ladies kecewakan Arsenal Ladies !!
Semasa perlawanan seakan-akan ditentukan menerusi sepakan penalti.. Pemain Everton akhirnya berjaya menumpaskan pasukan Arsenal Ladies 2-1.. Namun Atikah tabik pemain-pemain Arsenal Ladies yang beraksi bermati-matian tanpa seorang pemain.. Adios!!
Goodbye Katie Chapman
Chapman yang kini berusia 27 tahun mula menyertai Arsenal dari Charlton Athletic pada 1 Ogos 2006.. Namun selepas mempunyai musim yang mengkagumkan pada musim pertamanya Chapman terlepas aksi sepanjang musim 2007/2008 selepas disahkan mengandung.. Namun Chapman kembali pada musim 2008/2009 dan kembali ke prestasi asalnya..
Katie Chapman akan mengikut bekas rakan sepasukan the Gunners iaitu Karen Carey yang kini beraksi bersama Chicago Red Stars.. Dan mengikut jejak langkah lagi 2 lagi rakan sepasukannya di Arsenal iaitu lagenda Arsenal Ladies Kelly Smith dan hero di final Women's Champions League 2007 Alex Scott yang beraksi di US..
Apa-apa pun Atikah ucapkan selamat maju jaya kepada Katie Chapman.. Dan terima kasih atas aksi yang memukau sepanjang bersama Arsenal.. Adios!!
Arsenal belasah Watford
Arsenal Ladies berjaya membelasah Watford 6-2 untuk merapatkan jurang dengan pendahulu liga dengan Arsenal Ladies masih mempunyai 5 perlawanan di dalam tangan.. Tetapi disebalik kemenangan ini Atikah ada satu berita yang sangat-sangat sedih.. Tapi Atikah akan beritahu sebaik sahaja selesai post match perlawanan menentang Watford.. Iaitu di dalam artikel lain..
Julie Fleeting yang kembali bersama pasukan bulan lepas selepas selamat melahirkan anak perempuan kembali menemui sentuhan terbaiknya apabila menjaringkan gol pembukaan untuk Arsenal Ladies seawal minit ke-11.. Ini merupakan gol kelimanya sebaik kembali bersama pasukan..
Namun pada minit ke-38 Watford berjaya menjaringkan gol penyamaan selepas Gilly Flaherty menolak masuk bola ke gawang sendiri.. Tamat separuh masa pertama Arsenal Ladies terikat 1-1 bersama Watford..
Katie Chapman menjaringkan gol ketiga perlawanan dan kedua untuk Arsenal pada minit ke-52 untuk sekali lagi memberikan pendahuluan kepada Arsenal.. Ini merupakan gol ke-5 nya bersama Arsenal sepanjang musim ini..
Kim Little meneruskan aksi konsistennya menjaringkan gol apabila memberikan pendahuluan 3-1 ke atas Watford semasa perlawanan memasuki minit ke-69.. Ini merupakan gol ke-25 nya dalam 15 perlawanan !! Wow.. Satu rekod yang cukup mengkagumkan.. Namun 3 minit kemudiannya Watford merapatkan kedudukan kepada 3-2..
Gemma Davison memberikan advantage 2 gol selepas menjaringkan gol ke-6 nya musim ini pada minit ke-73..
Penolong kapten pasukan Arsenal Ladies iaitu Jayne Ludlow menjaringkan gol ke-3 nya musim ini selepas menjaringkan gol pada minit ke-79 untuk memberikan pendahuluan 5-2..
Helen Lander melengkapkan kemenangan 6-2 Arsenal apabila menjaringkan gol sebelum seminit lagi masa sebenar perlawanan ditamatkan.. Ini merupakan gol ke-7 nya musim ini untuk membolehkannya berada di tempat kedua sebagai penjaring terbanyak skuad Arsenal Ladies dibelakang Kim Little.. Adios!!
Read More
Subscribe to:
Posts (Atom)