Kim Little hero Arsenal
Arsenal Ladies berjaya layak ke peringkat suku akhir Piala FA selepas menewaskan Sunderland 4-1.. Namun kemenangan ini bukanlah semudah banyaknya gol yang dijaringkan Arsenal Ladies.. Mereka berjaya menang melalui masa tambahan selepas diikat seri 1-1 pada masa sebenar perlawanan sebelum Kim Little menjaringkan hatrik untuk memastikan Arsenal mara ke peringkat seterusnya..Pemain yang semakin menghitung harinya untuk meninggalkan Arsenal untuk menyertai Chicago Red Stars pada bulan Februari ataupun Mac menjaringkan gol pembukaan menerusi tandukan pada minit ke-66 selepas aksi cemerlang penjaga gol muda Sunderland selepas rembatan Helen Lander terkena palang.. Ini merupakan gol ketujuhnya sepanjang musim ini..
Semasa 4 minit masa kecederaan diberikan Arsenal seakan-akan mara ke pusingan seterusnya.. Namun gol sendiri oleh Ciara Grant menyaksikan pemain Arsenal terpaksa berjuang sekali lagi untuk memastikan tempat ke pusingan seterusnya..
Kim Little yang menjaringkan hatrik untuk memberikan kemenangan kepada Arsenal telah pun meledak 31 gol sepanjang musim ini!! Bayangkanlah seorang pemain tengah yang lakukannya itu.. Little menunjukkan aksi memukaunya selepas membocori gawang Sunderland pada minit ke 98 sebelum menjaringkan gol keduanya seminit selepas itu.. Little melengkapkan hatrik menerusi rembatan dari jarak 15 ela pada 6 minit sebelum tamat masa tambahan..
Sememangnya aksi yang ditunjukkan Kim Little ini semakin mencerahkan peluangnya untuk memenangi pemain terbaik wanita dunia jika berjaya membantu Arsenal menjulang trofi liga, Piala FA dan juga UEFA Women's Champions League.. Tapi ianya penting juga untuk beraksi cemerlang bersama skuad negaranya..
Apa yang pasti Atikah amat yakin Little mampu menewaskan Marta untuk anugerah ini jika berjaya menampilkan aksi konsisten.. So good luck Kim Little.. Masa depanmu cukup cerah sekali.. Harap-harap dia terus bersama Arsenal jika ada tawaran daripada pasukan di liga Amerika di mana Liga Amerika adalah yang terbaik untuk pemain wanita.. Adios!!
0 comments:
Post a Comment