Arsenal Ladies mara
Arsenal Ladies mencerahkan peluang mempertahankan Women's London County Cup selepas menundukkan West Ham 2-0 untuk ke separuh akhir di mana pemain Arsenal Ladies beraksi di atas padang yang dilitupi salji sebelum staf stadium membersihkan salji tersebut..Rachel Yankey menjaringkan gol pembukaan pada minit ke sepuluh.. Ini merupakan gol ketujuh musim ini selepas melalui musim lepas dengan hambar dan disisihkan oleh skuad England yang muncul naib juara Women's EURO 2009..
Penyerang berbakat berusia 17 tahun Arsenal Ladies pula menjaringkan gol kedua perlawanan seminit sebelum tamat perlawanan selepas aksi satu dua bersama Danielle Carter.. West Ham sememangnya menyukarkan Arsenal dengan aksi berdisiplin mereka..
Aksi peringkat separuh akhir nanti pasti akan cukup dinantikan semua fan Arsenal apabila skuad Arsenal Ladies dijadual bertemu Tottenham di peringkat separuh akhir London County Cup di mana tarikh perlawanan masih belum dipastikan.. Adios!!
0 comments:
Post a Comment