Wednesday, March 10, 2010

Arsenal Ladies tewas 2-1

Arsenal Ladies gagal untuk mencatatkan kemenangan mengatasi juara bertahan UEFA Women's Champions League selepas tewas 2-1.. Berita baiknya Arsenal Ladies memperoleh jaringan di tempat lawan selepas free kick Kim Little ditolak masuk pemain FCR 2001 Duisburg ke jaringnya sendiri..

Separuh masa pertama sekali lagi Arsenal Ladies gagal beraksi cemerlang.. Ianya jelas sekali menjadi punca utama skuad Arsenal Ladies tewas malam semalam.. Namun skuad Arsenal Ladies berjaya menampilkan aksi terbaik mereka pada separuh masa kedua sehingga terciptanya gol sendiri tersebut..

Namun jika skuad Arsenal Ladies lebih tajam di hadapan gol sudah semestinya Arsenal Ladies mampu mencatatkan kemenangan.. Namun apa-apa pun skuad Arsenal Ladies perlu beraksi secermelang mungkin di tempat sendiri untuk mara ke peringkat separuh akhir UEFA Champions League..

Laura Harvey yang mengendalikan pasukan Arsenal Ladies di Eropah buat pertama kalinya baru tewas 1 perlawanan di bawah kendaliannya bercakap kepada media selepas perlawanan.. "We played a much better second half than the first when we were never really in the game.."

"I liked the way we put pressure on them after the interval.. I am pleased with the performance of my team tonight, especially in the second half.. It was the expected difficult and tight match for both teams and we have got the important away goal we wanted.."

Penjaga gol utama skuad Arsenal Ladies iaitu Emma Byrne patut diberikan pujian selepas hanya melepaskan 2 gol dari 12 percubaan merbahaya pemain Duisburg.. Byrne jelas sekali menyelamatkan Arsenal Ladies daripada dibelasah oleh juara bertahan Eropah tersebut..

0 comments:

Post a Comment