Laura Harvey Jurulatih Baru Arsenal Ladies

Atikah telah difahamkan yang Tony Gervaise telah melepaskan jawatannya sebagai pengurus Arsenal Ladies yang baru dipeganganya selama 8 bulan selepas skuad Arsenal Ladies menempah tiket ke separuh akhir London County Cup selepas menundukkan West Ham semalam dengan Gervaise dilaporkan lebih berminat untuk meneruskan kariernya bersama Arsenal sebagai pengurus akademi Arsenal Ladies..

Laura Harvey disahkan dilantik sebagai pengurus pasukan skuad Arsenal Ladies yang baru dan akan memulakan perlawanan pertamanya sebagai pengurus Arsenal semasa menentang Doncaster dalam peringkat suku akhir Piala FA ahad ini.. Di sini sedikit profile tentang pengurus baru Arsenal Ladies..

Laura Harvey dilahirkan di Nuneaton, Warwickshire, UK pada 15 Mei 1980.. Laura Harvey merupakan bekas pemain dan pengurus pasukan skuad utama Birmingham Ladies sebelum Arsenal Ladies mengambilnya pada musim panas 2008 sebagai penolong Tony Gervaise di akademi Arsenal Ladies dan juga sebagai pengurus skuad simpanan Arsenal Ladies dan juga merupakan salah seorang satf kejurulatihan skuad utama Arsenal..

Pada tahun 2004, Harvey pernah menjadi penolong jurUlatih untuk skuad England U-15 dan kemudian terbabit bersama skuad England U-17 sebelum muncul ketua jurulatih skuad England U-15 dan juga menjadi penolong jurulatih skuad England U-23.. Pada tahun 2007, Harvey dianugerahkan lesen kejurulatihan UEFA A di mana termasuk Harvey hanya 10 wanita sahaja berjaya mendapat lesen tersebut..

Dengan segala pengalaman tersebut ianya terbukti Arsenal Ladies membuat pilihan bijak memilih Laura Harvey.. Dengan kempen Arsenal Ladies sudah di pertengahan, sudah semestinya jurulatih baru perlulah yang telah mengenali mereka.. Dengan Harvey cukup mengenali beberapa pemain di pasukan skuad utama Atikah yakin perubahan ini akan berjalan lancar..

Laura Harvey mengakui selepas Vic Akers membuat keputusan melantiknya sebagai pengurus Arsenal Ladies ianya merupakan saat yang cukup membanggakannya untuk melatih skuad Arsenal Ladies yang cukup digeruni di England.. Atikah ucapkan selamat berjaya untuk Laura Harvey dengan tugasan barunya ini.. Adios!!
Read More

Arsenal Ladies mara

Arsenal Ladies mencerahkan peluang mempertahankan Women's London County Cup selepas menundukkan West Ham 2-0 untuk ke separuh akhir di mana pemain Arsenal Ladies beraksi di atas padang yang dilitupi salji sebelum staf stadium membersihkan salji tersebut..

Rachel Yankey menjaringkan gol pembukaan pada minit ke sepuluh.. Ini merupakan gol ketujuh musim ini selepas melalui musim lepas dengan hambar dan disisihkan oleh skuad England yang muncul naib juara Women's EURO 2009..

Penyerang berbakat berusia 17 tahun Arsenal Ladies pula menjaringkan gol kedua perlawanan seminit sebelum tamat perlawanan selepas aksi satu dua bersama Danielle Carter.. West Ham sememangnya menyukarkan Arsenal dengan aksi berdisiplin mereka..

Aksi peringkat separuh akhir nanti pasti akan cukup dinantikan semua fan Arsenal apabila skuad Arsenal Ladies dijadual bertemu Tottenham di peringkat separuh akhir London County Cup di mana tarikh perlawanan masih belum dipastikan.. Adios!!
Read More

Arsenal 3 - 2 Leeds

Kim Little, Jennifer Beattie, Niamh Fahey dan Natalie Ross masih lagi bergembira selepas membantu Universiti Hertfordshire mengekalkan kejuaraan British University Colleges and Sport Premier League South Football membantu pula skuad Arsenal Ladies mara ke suku akhir Piala FA selepas menundukkan Leeds 3-2..

Jennifer Beattie memastikan Arsenal mendahului seawal minit ke-15 dan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.. Ini merupakan gol ke-7nya musim ini dalam musim pertamanya bersama Arsebal.. Namun 8 minit selepas sepak mula kembali, Leeds menyamakan kedudukan..

Jayne Ludlow memastikan Arsenal sekali lagi mendahului pada minit ke-59 untuk gol ke-5nya musim ini.. Rachel Yankey memastikan Arsenal mendahului 2 gol pada minit ke-79 untuk gol keenamnya musim ini.. 3 minit kemudian Leeds merapatkan jurang namun pemain Arsenal berjaya bertahan sehingga tamat perlawanan..

Kemenangan ini memastikan Arsenal bertemu Doncaster di peringkat suku akhir.. Atikah yakin skuad Arsenal Ladies mampu mara ke separuh akhir memandangkan Arsenal sering menang besar dan tiada masalah untuk menewaskan Doncaster.. Adios!!
Read More