Ladies terus cemerlang

Arsenal Ladies terus memberikan tekanan kepada pendahulu liga, Leeds Carnegie selepas mudah menewaskan Millwall Lionesses 5-1 untuk hanya ketinggalan 1 mata dibelakang Leeds dengan 2 perlawanan dalam tangan..

Kim Little meneruskan musim fenomenanya bersama Arsenal selepas menjaringkan 42 gol sepanjang musim ini dalam kesemua pertandingan selepas meledakkan 2 gol pada separuh masa pertama untuk Arsenal medahului 2-0 pada separuh masa pertama.. Namun pemain terbaik tahunan Arsenal Ladies musim lepas ini melepaskan peluang keemasan untuk menjaringkan hatrik selepas gagal menyudahkan sepakan penalti..

Ciara Grant menjaringkan gol ketiga Arsenal Ladies pada minit ke-52 untuk 2 minit selepas itu Millwall merapatkan jurang selepas Emma Byrne gagal menyelamatkan sepakan penalti yang diambil Emma Beckett..

Jika Kim Little meneruskan aksi fenomenanya untuk Arsenal.. Rachel Yankey meneruskan aksi memukau dan yang terbaik pernah ditampilkannya untuk Arsenal Ladies sejak menyertai pasukan pada tahun 2005.. Yankey memastikan Millwall tidak terdaya mengejar Arsenal apabila menjaringkan gol keempat Arsenal pada minit ke-78 untuk gol kesebelasnya sepanjang musim ini..

Penyerang berusia 24 tahun, Helen Lander yang dibeli Arsenal musim sejuk tahun lepas membuktikan kehebatannya musim ini selepas meledak gol keempat belasnya untuk Arsenal sepanjang musim ini.. Ianya memastikan dia terus berada di tangga kedua penjaring terbanyak Arsenal Ladies dibelakang Kim Little..

Namun Arsenal Ladies tidak memerlukan masa yang lama untuk terus mengejar Leeds selepas kedua-dua pasukan ini akan bertemu hujung minggu ini.. Jika Arsenal menang ianya mungkin bermakna Arsenal Ladies akan terus mengekalkan mahkota liga mereka buat kali ketujuh berturut-turut..

Namun piala tersebut dijangka akan diberikan kepada Arsenal (jika Arsenal berjaya memenanginya) di perlawanan terakhir liga yang mungkin penentu kejuaraan liga musim 2009/2010 di antara Arsenal dan Leeds, di Emirates Stadium selepas perlawanan terakhir musim pada 12 May ini disahkan akan berlangsung di gelanggang keramat Arsenal..

Lebih menarik perlawanan tersebut akan menyaksikan Arsenal dan Leeds bertembung sekali lagi.. Jadi ianya mungkin akan menjadi penentu kejuaraan liga musim ini.. Namun dengan 1 mata ketinggalan dan 2 perlawanan dalam tangan, ianya tiada keraguan lagi Arsenal Ladies akan terus mempertahankan kejuaraan mereka..

Atikah yakin jika kejuaraan liga menjadi milik Arsenal Ladies.. Piala tersebut akan diberikan di Emirates Stadium.. Tidak sabar untuk menyaksikannya.. Adios!!
Read More

Hatrik Kim Little Julang Arsenal

Tidak dapat disangkal lagi musim ini walaupun tanpa Kelly Smith.. Arsenal Ladies masih mampu mengekalkan kehebatan mereka dengan pemain berusia 19 tahun Kim Little berseorangan memastikan Arsenal Ladies mengekalkan kehebatan mereka selepas kini telah menjaringkan 40 gol dalam kesemua perlawanan!!

Kim Little meledakkan hatrik dalam kemenangan penting 3-1 ke atas Millwall semalam selepas meledak pada minit ke-19, 64 dan 77.. Ini bermakna Arsenal melonjak ke tangga kedua liga dengan 4 mata dibelakang Leeds yang bermain lebih 2 perlawanan daripada Arsenal.. Adios
Read More

Arsenal Ladies mara ke separuh akhir

Arsenal Ladies meneruskan penguasaan mereka di England apabila mudah membenam musuh setempat Chelsea 4-0 di peringkat suku akhir Piala FA.. Arsenal Ladies akan bertemu pencabar Everton di peringkat separuh akhir untuk final kesebelas Arsenal Ladies di saingan Piala FA..

Penyerang utama skuad Arsenal Ladies, Julie Fleeting yang menjaringkan 4 gol dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pertengahan minggu lalu menjaringkan gol pembukaan untuk Arsenal mendahului 1-0..

Kim Little mengikut jejak langkah rakan senegaranya itu apabila menjaringkan gol kedua Arsenal dan gol ke-37nya musim ini secara keseluruhannya hanya beberapa minit selepas Fleeting meledak gol pembukaan..

Kapten pasukan, Faye White tidak terlepas untuk menjaringkan gol ketiga pasukan sebelum masa pertama tamat.. Ini merupakan gol kedua kapten pasukan ini musim ini..

Jika tadi kapten pasukan bagi gol.. Kini penolong kapten pasukan, Jayne Ludlow menjaringkan gol terakhir perlawanan pada minit ke-19 untuk melengkapkan kemenangan 4-0 Arsenal ke atas Chelsea..

Sebenarnya perlawanan ini menunjukkan aksi positif dari pasukan kendalian Laura Harvey.. Jika sebelum ini Arsenal Ladies mencari-cari punca di separuh masa pertama kali ini tidak lagi.. 3 gol dalam masa 11 minit di separuh masa pertama membuktikannya..

Arsenal kini ketinggalan 4 mata di belakang Leeds dalam saingan liga namun Arsenal mempunyai 2 perlawanan dalam tangan untuk kembali mendahului liga dan kemudiaannya menjulang trofi liga buat kali kelima berturut-turut.. Adios!!
Read More