
Arsenal Ladies meneruskan penguasaan mereka di England apabila mudah membenam musuh setempat Chelsea 4-0 di peringkat suku akhir Piala FA.. Arsenal Ladies akan bertemu pencabar Everton di peringkat separuh akhir untuk final kesebelas Arsenal Ladies di saingan Piala FA..

Penyerang utama skuad Arsenal Ladies, Julie Fleeting yang menjaringkan 4 gol dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pertengahan minggu lalu menjaringkan gol pembukaan untuk Arsenal mendahului 1-0..

Kim Little mengikut jejak langkah rakan senegaranya itu apabila menjaringkan gol kedua Arsenal dan gol ke-37nya musim ini secara keseluruhannya hanya beberapa minit selepas Fleeting meledak gol pembukaan..

Kapten pasukan, Faye White tidak terlepas untuk menjaringkan gol ketiga pasukan sebelum masa pertama tamat.. Ini merupakan gol kedua kapten pasukan ini musim ini..

Jika tadi kapten pasukan bagi gol.. Kini penolong kapten pasukan, Jayne Ludlow menjaringkan gol terakhir perlawanan pada minit ke-19 untuk melengkapkan kemenangan 4-0 Arsenal ke atas Chelsea..
Sebenarnya perlawanan ini menunjukkan aksi positif dari pasukan kendalian Laura Harvey.. Jika sebelum ini Arsenal Ladies mencari-cari punca di separuh masa pertama kali ini tidak lagi.. 3 gol dalam masa 11 minit di separuh masa pertama membuktikannya..
Arsenal kini ketinggalan 4 mata di belakang Leeds dalam saingan liga namun Arsenal mempunyai 2 perlawanan dalam tangan untuk kembali mendahului liga dan kemudiaannya menjulang trofi liga buat kali kelima berturut-turut.. Adios!!
0 comments:
Post a Comment