Arsenal Ladies julang trofi pertama musim ini

Ini juga merupakan kejuaraan keempat berturut-turut Arsenal Ladies menjulang kejohanan London County Cup yang dianjurkan selama 2 tahun sekali ini.. Dan keempat-empat perlawanan tersebut Arsenal Ladies menumpaskan Millwall Lioness.. Ini juga merupakan kali kesembilan mereka menjulang trofi yang berprestij untuk kelab di sekitar London..
Kejayaan ini hanya hadir lebih kurang 2 minggu selepas mereka dikecewakan FCR 2001 Duisburg di dalam peringkat suku akhir UEFA Women's Champions League selepas tumpas 4-1 kepada juara bertahan eropah ini.. Mereka membuktikan ketahanan mental mereka cukup kuat sehingga mereka menjulang trofi pertama di bawah bimbingan Laura Harvey..
Laura membuat keputusan menurunkan penjaga gol ketiga Arsenal Ladies dan pemjaga gol utama skuad simpanan iaitu Sarah Quantrill pada perlawanan ini dengan merehatkan Emma Byrne.. Namun Sarah membuktikan dia juga mampu beraksi sebaik Emma Byrne apabila berjaya mengelakkan gawangnya dari dibolosi..



Melengkapkan kejayaan 6-0 Arsenal Ladies ialah hasil jaringan gol sendiri dari pemain Millwall 4 minit sebelum tamat perlawanan.. Tahniah Atikah ucapkan kepada pasukan Arsenal Ladies atas kejayaan ini dan semoga ini bukanlah trofi terakhir mereka musim ini dengan kejuaraan liga dan Piala FA menanti untuk melengkapkan hatrik buat 2 musim berturut-turut..
Sebelum Atikah terlupa, Arsenal Ladies disahkan menurut serta 7 lagi pasukan untuk format baru liga wanita England yang akan digunakan pada tahun 2011 untuk menaikkan lagi nama liga wanita England setaraf liga wanita US.. Adios!!
0 comments:
Post a Comment