Arsenal Ladies berjaya menewaskan Blackburn Ladies 4-1 walaupun beraksi agak hambar di separuh masa pertama dengan Blackburn menjaringkan gol sendiri untuk memberikan pendahuluan kepada Arsenal sebelum mereka menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama..

Namun pada separuh masa kedua Arsenal mula menunjukkan cara mereka apabila dalam tempoh 20 minit sahaja mereka menjaringkan 3 gol.. Dimulakan dengan jaringan dari Gemma Davison untuk gol kesepuluhnya musim ini..

Danielle Carter menjaringkan gol ketiga Arsenal untuk mendahului 3-1 untuk gol ketiganya musim ini..

Jayne Ludlow pula melengkapkan kemenangan Arsenal Ladies apabila rembatannya tepat ke gawang untuk gol ketujuhnya musim ini.. Dengan kemenangan ini Arsenal Ladies kini mendahului carta liga dengan 33 mata dengan 4 perlawanan di dalam tangan berbanding Sunderland Ladies.. Adios!!
0 comments:
Post a Comment