Friday, March 5, 2010

Arsenal Ladies belasah Tottenham

Arsenal Ladies melangkah bergaya untuk mempertahankan trofi London County Cup selepas membedil musuh terdekat Arsenal iaitu Tottenham Hotspurs 10-0 semalam.. Kejayaan ini merupakan kejayaan terbesar pertama untuk pengendali baru Laura Harvey dan sesuatu yang akan dibanggakan semua peminat setia Arsenal di mana jelas sekali Arsenal jauh lebih bagus dari Tottenham..

Arsenal bermula dengan perlahan selepas 3 minggu tidak beraksi kerana perlawanan antarabangsa menyaksikan Tottenham mendominasi.. Namun Arsenal Ladies masih berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan cukup bergaya.. Untuk pengetahuan anda, ini mungkin merupakan perlawanan terakhir untuk Katie Chapman yang menunggu masa untuk meninggalkan Arsenal untuk ke Chicago Red Stars..

Helen Lander meledak hatrik pertamanya bersama Arsenal sejak menyertai Arsenal pada musim sejuk tahun lepas.. Ini merupakan gol ke-11nya sepanjang musim ini untuk berada di tempat kedua senarai penjaring terbanyak Arsenal Ladies di belakang Kim Little yang tidak beraksi semalam..

Pemain yang baru ditandatangan semasa musim perpindahan musim sejuk yang lalu berjaya menjaringkan gol pertamanya untuk Arsenal di mana dia meledakkan hatrik pada perlawanan semalam..

Lauren Bruton menjaringkan 2 gol pada perlawanan semalam yang dibarisi kebanyakannya pemain yang bukannya tonggak utama skuad utama kecuali penjaga gol, Emma Byrne dan penolong kapten pasukan, Jayne Ludlow.. Ini merupakan gol keempatnya musim ini..

Jayne Ludlow pula menjaringkan 1 gol pada perlawanan ini untuk terus meranakan pemain Tottenham.. Ini merupakan gol keenamnya musim ini untuk pemain tengah yang mempunyai rembatan padu ini..

Gemma Davison yang berada di prestasi terbaiknya musim ini melengkapkan kemenangan besar Arsenal Ladies terhadap Tottenham.. Davison telah pun menjaringkan 9 gol sepanjang musim ini.. Adios!! WE ALL PROUD OF YOU ARSENAL LADIES!! TOTTENHAM NEVER CAN BEAT ARSENAL..

0 comments:

Post a Comment