Arsenal belasah Doncaster

Maaflah sebab lambat tulis post match Arsenal Ladies ini.. Bukannya apa nak tulis semalam terlupa sebab krisis si Fabregas itu.. Arsenal Ladies yang beraksi perlawanan kedua liga mudah mengatasi Doncaster 8-1..

Gemma Davison memberikan pendahuluan kepada Arsenal apabila meledak gol pembukaan pada minit ke 14.. Namun ianya tidak bertahan lama apabila Doncaster menjaringkan gol penyamaan 2 minit kemudian.. Davison sekali lagi memberikan pendahuluan kepada Arsenal apabila menjaringkan gol kedua 2 minit selepas itu..

Kim Little sekali lagi muncul penjaring apabila menjaringkan 2 gol pada perlawanan ini pada minit ke 32 dan 71.. Setakat ini Little sudah menjaringkan 13 gol dalam semua kejohanan.. 13 gol dari 6 perlawanan sahaja.. Little hanya gagal menjaringkan gol pada perlawanan menetang Millwall..

Kapten pasukan Arsenal iaitu Faye White membuka akaun golnya untuk Arsenal bagi musim ini selepas menjaringkan satu gol pada minit ke 41..

Ranchel Yankey juga sempat menjaringkan satu gol sebelum tamat separuh masa pertama perlawanan..

Helen Lander juga sempat menjaringkan satu gol pada minit ke 63 yang merupakan gol pertama untuk separuh masa kedua perlawanan..

Jennifer Beattie yang beraksi cemerlang dalam 2 perlawanan yang lalu di mana dia menjaringkan satu gol dalam setiap perlawanan tersebut di bawa masuk pada minit 72.. Beattie tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol 2 minit selepas kemasukannya.. Beattie telah meledak 3 gol dalam 4 perlawanan.. Dan lebih mengkagumkan dia beraksi sebagai pemain pertahanan.. Adios!!
Read More

Kelly Smith kembali

Disebalik kegembiraan Atikah yang x sabar-sabar menanti kepulangan Kelly Smith pada Januari ini.. Sebenarnya ada sedikit kesedihan kerana hampir sebulan Atikah ketinggalan tentang cerita ini.. Namun nasib baiklah wartawan Arsenal TV Online menyentuh tentang perkara ini..

Kalau tidak mungkin Atikah hanya akan tahu apabila Smith kembali ke Arsenal.. Tetapi ini masih belum rasmi lagi memandangkan dikatakan ada sedikit teknikal problem tentang kepulangan Smith musim sejuk ini..

Atikah harap tiada apa-apa masalah kerana sudah semestinya fan setia Arsenal Ladies tidak sabar menunggu kepulangan Kelly Smith.. Atikah yakin General Manager Arsenal iaitu Vic Akers yang merupakan bekas jurulatih Arsenal tidak mahu menghampakan fan setia Arsenal Ladies..

Sejujurnya Atikah memang tersangat-sangat gembira dengan berita ini.. Rasa macam nak menangis pun ada.. Harap-harap perkara ini diselesaikan secepat yang mungkin.. Adios!!
Read More

PAOK dibelasah lagi

Arsenal Ladies jelas tidak bermain-main apabila menentang PAOK lawan yang mereka belasah 9-0 minggu lalu.. Tony Gervaise dengan lantangnya menyeru supaya anak-anak buahnya tidak mengambil mudah perlawanan ini.. Dan mereka membuktikannya apabila menumpaskan PAOK 9-0 dan mara ke suku akhir dengan agregat 18-0..

Kim Little yang menjaringkan 4 gol di Greece minggu lalu sekali lagi beraksi cemerlang apabila berjaya menjaringkan hatrik.. Little menjaringkan gol pembukaan perlawanan pada minit ke 10 selepas menerima hantaran dari Gemma Davidson.. 2 minit selepas itu Little sekali lagi menjaringkan gol.. Dan 2 minit selepas separuh masa kedua Little melengkapkan hatriknya..

Kapten pasukan pada perlawanan ini selepas Faye White dan Jayne Ludlow direhatkan iaitu Katie Chapman juga tidak melepaskan kesempatan untuk menjaringkan gol pada minit ke 17..

Jennifer Beattie yang beraksi cemerlang pada perlawanan hari ahad yang lalu meneruskan sumbangannya dari segi gol apabila menjaringkan 1 gol walaupun beraksi di bahagian pertahanan.. Satu cara yang bagus untuk Beattie memulakan musim pertamanya bersama Arsenal.. Arsenal berjaya mendahului 5-0 semasa tamat separuh masa pertama dengan satu lagi gol ialah own gol..

Gemma Davidson yang mencipta peluang kepada Little tidak melepaskan peluang untuk menjaringkan gol 16 minit sebelum tamat perlawanan..

Lauren Bruton yang disifatkan sebagai bakat masa depan bola sepak wanita membuktikan kehebatannya apabila menjaringkan satu gol pada minit ke 77.. Kalau anda semua nak tahu Bruton baru berusia 17 tahun pada bulan November ini!!

Laura Coombs yang baru kembali selepas mengalami kecederaan lutut musim lepas melengkapkan malam gemilang Arsenal Ladies apabila menjaringkan satu gol pada minit ke 84.. Tahniah buat Arsenal Ladies yang melangkah ke peringkat suku akhir UEFA Women's Champions League..

Lawan Arsenal Ladies di peringkat suku akhir ialah AC Sparta Praha wakil dari Republik Czech yang menumpaskan wakil Kazakhstan Alma KTZH 2-1 secara agregatnya.. Arsenal Ladies akan ke Republik Czech pada 4 November ini sebelum menerima kunjungan mereka pada 11 November.. Adios!!
Read More

PAOK & Keynsham Town

Pada pukul 10 malam ini.. Arsenal Ladies berdepan perlawanan mudah menentang PAOK yang dibelasah 9-0 minggu lalu dalam Champions League.. Sejujurnya Arsenal Ladies sudah pun mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir melainkan satu keajaiban berlaku..

Arsenal Ladies juga menerima laluan mudah dalam misi mempertahankan Piala Liga apabila diundi menentang Keynsham Town di tempat sendiri pada 1 November ini.. Bagi Atikah Arsenal Ladies menerima laluan mudah untuk ke separuh akhir melainkan jika Keynsham Town mampu melakukan sesuatu.. Adios!!
Read More

Arsenal Ladies 2-0 Millwall

Pemain baru Arsenal Ladies membuka tirai jaringan Arsenal Ladies sewaktu permainan baru berusia 8 minit.. Pemain pertahanan ini membuka akaun golnya bersama Arsenal pada perlawanan ini.. Suatu pernampilan musim pertama yang menarik untuk pertahanan Scotland berusia 18 tahun ini..

Millwall menyerang habis-habisan skuad Arsenal Ladies selepas gol tersebut.. Tetapi pertahanan Arsenal kental bertahan dan dibantu dengan sedikit nasib apabila 3 peluang keemasan mereka terkena palang..

5 minit selepas gol pertama perlawanan tersebut.. Penolong kapten pasukan iaitu Jayne Ludlow mengesahkan tempat Arsenal Ladies ke suku akhir apabila meledak untuk gol kedua perlawanan.. Arsenal Ladies berjaya mempertahankan keputusan tersebut sehingga tamat perlawanan..

Arsenal Ladies yang dalam misi mempertahankan Piala Liga melangkah ke suku akhir dan siapa lawan yang akan ditemu pemain Arsenal Ladies ini akan Atikah beritahu sebaik sahaja undian dibuat.. Teruskan bersama blog ini untuk berita-berita terkini Arsenal Ladies.. Adios!!
Read More