Maaflah sebab lambat tulis post match Arsenal Ladies ini.. Bukannya apa nak tulis semalam terlupa sebab krisis si Fabregas itu.. Arsenal Ladies yang beraksi perlawanan kedua liga mudah mengatasi Doncaster 8-1..

Gemma Davison memberikan pendahuluan kepada Arsenal apabila meledak gol pembukaan pada minit ke 14.. Namun ianya tidak bertahan lama apabila Doncaster menjaringkan gol penyamaan 2 minit kemudian.. Davison sekali lagi memberikan pendahuluan kepada Arsenal apabila menjaringkan gol kedua 2 minit selepas itu..

Kim Little sekali lagi muncul penjaring apabila menjaringkan 2 gol pada perlawanan ini pada minit ke 32 dan 71.. Setakat ini Little sudah menjaringkan 13 gol dalam semua kejohanan.. 13 gol dari 6 perlawanan sahaja.. Little hanya gagal menjaringkan gol pada perlawanan menetang Millwall..

Kapten pasukan Arsenal iaitu Faye White membuka akaun golnya untuk Arsenal bagi musim ini selepas menjaringkan satu gol pada minit ke 41..

Ranchel Yankey juga sempat menjaringkan satu gol sebelum tamat separuh masa pertama perlawanan..

Helen Lander juga sempat menjaringkan satu gol pada minit ke 63 yang merupakan gol pertama untuk separuh masa kedua perlawanan..

Jennifer Beattie yang beraksi cemerlang dalam 2 perlawanan yang lalu di mana dia menjaringkan satu gol dalam setiap perlawanan tersebut di bawa masuk pada minit 72.. Beattie tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol 2 minit selepas kemasukannya.. Beattie telah meledak 3 gol dalam 4 perlawanan.. Dan lebih mengkagumkan dia beraksi sebagai pemain pertahanan.. Adios!!
0 comments:
Post a Comment