Sunday, October 4, 2009

Arsenal Ladies 2-0 Millwall

Pemain baru Arsenal Ladies membuka tirai jaringan Arsenal Ladies sewaktu permainan baru berusia 8 minit.. Pemain pertahanan ini membuka akaun golnya bersama Arsenal pada perlawanan ini.. Suatu pernampilan musim pertama yang menarik untuk pertahanan Scotland berusia 18 tahun ini..

Millwall menyerang habis-habisan skuad Arsenal Ladies selepas gol tersebut.. Tetapi pertahanan Arsenal kental bertahan dan dibantu dengan sedikit nasib apabila 3 peluang keemasan mereka terkena palang..

5 minit selepas gol pertama perlawanan tersebut.. Penolong kapten pasukan iaitu Jayne Ludlow mengesahkan tempat Arsenal Ladies ke suku akhir apabila meledak untuk gol kedua perlawanan.. Arsenal Ladies berjaya mempertahankan keputusan tersebut sehingga tamat perlawanan..

Arsenal Ladies yang dalam misi mempertahankan Piala Liga melangkah ke suku akhir dan siapa lawan yang akan ditemu pemain Arsenal Ladies ini akan Atikah beritahu sebaik sahaja undian dibuat.. Teruskan bersama blog ini untuk berita-berita terkini Arsenal Ladies.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment