Wednesday, September 30, 2009

Arsenal Ladies bedil PAOK

Arsenal Ladies membedil wakil Greece PAOK dengan 9 gol tanpa balas dalam pusingan peringkat kalah mati Women's Champions League di Greece awal pagi tadi.. Nampaknya Arsenal Ladies sudah melangkah satu kaki ke peringkat suku akhir..

Rachel Yankey menjaringkan 2 gol pada perlawanan ini.. Yankey meledak gol pembukaan seawal minit ke 7 sebelum meledak sekali lagi pada minit ke 71..

Helen Lander juga menjaringkan 2 gol pada perlawanan ini pada minit ke 44 dan 63..

Penolong kapten pasukan Arsenal Ladies iaitu Jayne Ludlow sempat menjaringkan satu gol 2 minit sebelum masa sebenar perlawanan tamat..

Namun yang paling mencuri tumpuan pada perlawanan tadi ialah 4 gol dari pemain tengah berusia 19 tahun iaitu Kim Little.. Little sekali lagi membuktikan kehebatannya sebagai the new Kelly Smith apabila menjaringkan hatrik dalam tempoh 23 minit..

Little menjaringkan gol pembukaan untuknya seawal minit ke 12 sebelum menjaringkan gol kedua pada minit ke 32.. Little tidak menunggu lama untuk menjaringkan hatrik selepas 3 minit menjaringkan gol kedua.. Little melengkapkan lagi malam gemilang Arsenal apabila menjaringkan gol keempat peribadinya dan kesembilan pada perlawanan ini pada masa tambahan..

Jika langkah sebegini diteruskan.. Tidak mustahil untuk Arsenal Ladies kembali membawa pulang trofi UEFA Women's Champions League.. Selepas aksi hambar pada hujung minggu lalu.. Atikah sejujurnya terkejut dengan kemenangan besar Arsenal Ladies ini.. Tapi apa-apa pun Good Luck pada pusingan kedua di Boreham Wood minggu depan.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment