Sunday, September 27, 2009

Kim Little hero Arsenal Ladies

Atikah sempat menyaksikan perlawanan pertama liga untuk Arsenal Ladies yang berlangsung semalam.. Namun apa yang Atikah nak katakan ialah perlawanan ini cukup mengecewakan kerana Arsenal Ladies gagal menunjukkan aksi sebenar mereka..

Namun pemain terbaik tahunan Arsenal Ladies musim lepas iaitu Kim Little berjaya menunjukkan mengapa dia sering dibandingkan dengan lagenda Arsenal Ladies iaitu Kelly Smith dengan menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit kedua untuk memberikan kemenangan kepada Arsenal Ladies.. Arsenal Ladies boleh dianggap bertuah apabila Birmingham gagal mencatat kemenangan atau sekurang-kurangnya seri apabila mempunyai banyak peluang terbaik untuk mengecewakan Arsenal Ladies..

Persoalan yang bermain di fikiran Atikah sewaktu melihat persembahan mengecewakan Arsenal Ladies ini ialah, mampukan Arsenal Ladies mempertahankan kejuaraan mereka musim lalu?? Selepas persembahan cemerlang membelasah Oxford City 13-0 semasa perlawanan persahabatan dan menampilkan aksi mengkagumkan apabila bangkit dari ketinggalan untuk mengatasi Watford 4-1 dalam saingan piala Liga, kini perlawanan pembukaan liga dibuka dengan penuh kehampaan apabila hanya menang tipis sambil beraksi hambar..

Musim lalu Arsenal Ladies mudah menumpaskan Birmingham Ladies ditempat lawan dengan jaringan 3-1 sebelum membelasah Birmingham Ladies di tempat sendiri 6-2.. Atikah harap Arsenal Ladies tidak akan menunjukkan sekali lagi aksi hambar seperti ini.. Kerana jika ianya berlaku Atikah dapat merasakan yang Arsenal Ladies akan mengalami musim yang paling mengecewakan dalam sejarah bola sepak wanita England.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment