Arsenal Ladies bedil PAOK

Arsenal Ladies membedil wakil Greece PAOK dengan 9 gol tanpa balas dalam pusingan peringkat kalah mati Women's Champions League di Greece awal pagi tadi.. Nampaknya Arsenal Ladies sudah melangkah satu kaki ke peringkat suku akhir..

Rachel Yankey menjaringkan 2 gol pada perlawanan ini.. Yankey meledak gol pembukaan seawal minit ke 7 sebelum meledak sekali lagi pada minit ke 71..

Helen Lander juga menjaringkan 2 gol pada perlawanan ini pada minit ke 44 dan 63..

Penolong kapten pasukan Arsenal Ladies iaitu Jayne Ludlow sempat menjaringkan satu gol 2 minit sebelum masa sebenar perlawanan tamat..

Namun yang paling mencuri tumpuan pada perlawanan tadi ialah 4 gol dari pemain tengah berusia 19 tahun iaitu Kim Little.. Little sekali lagi membuktikan kehebatannya sebagai the new Kelly Smith apabila menjaringkan hatrik dalam tempoh 23 minit..

Little menjaringkan gol pembukaan untuknya seawal minit ke 12 sebelum menjaringkan gol kedua pada minit ke 32.. Little tidak menunggu lama untuk menjaringkan hatrik selepas 3 minit menjaringkan gol kedua.. Little melengkapkan lagi malam gemilang Arsenal apabila menjaringkan gol keempat peribadinya dan kesembilan pada perlawanan ini pada masa tambahan..

Jika langkah sebegini diteruskan.. Tidak mustahil untuk Arsenal Ladies kembali membawa pulang trofi UEFA Women's Champions League.. Selepas aksi hambar pada hujung minggu lalu.. Atikah sejujurnya terkejut dengan kemenangan besar Arsenal Ladies ini.. Tapi apa-apa pun Good Luck pada pusingan kedua di Boreham Wood minggu depan.. Adios!!
Read More

Kim Little hero Arsenal Ladies

Atikah sempat menyaksikan perlawanan pertama liga untuk Arsenal Ladies yang berlangsung semalam.. Namun apa yang Atikah nak katakan ialah perlawanan ini cukup mengecewakan kerana Arsenal Ladies gagal menunjukkan aksi sebenar mereka..

Namun pemain terbaik tahunan Arsenal Ladies musim lepas iaitu Kim Little berjaya menunjukkan mengapa dia sering dibandingkan dengan lagenda Arsenal Ladies iaitu Kelly Smith dengan menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit kedua untuk memberikan kemenangan kepada Arsenal Ladies.. Arsenal Ladies boleh dianggap bertuah apabila Birmingham gagal mencatat kemenangan atau sekurang-kurangnya seri apabila mempunyai banyak peluang terbaik untuk mengecewakan Arsenal Ladies..

Persoalan yang bermain di fikiran Atikah sewaktu melihat persembahan mengecewakan Arsenal Ladies ini ialah, mampukan Arsenal Ladies mempertahankan kejuaraan mereka musim lalu?? Selepas persembahan cemerlang membelasah Oxford City 13-0 semasa perlawanan persahabatan dan menampilkan aksi mengkagumkan apabila bangkit dari ketinggalan untuk mengatasi Watford 4-1 dalam saingan piala Liga, kini perlawanan pembukaan liga dibuka dengan penuh kehampaan apabila hanya menang tipis sambil beraksi hambar..

Musim lalu Arsenal Ladies mudah menumpaskan Birmingham Ladies ditempat lawan dengan jaringan 3-1 sebelum membelasah Birmingham Ladies di tempat sendiri 6-2.. Atikah harap Arsenal Ladies tidak akan menunjukkan sekali lagi aksi hambar seperti ini.. Kerana jika ianya berlaku Atikah dapat merasakan yang Arsenal Ladies akan mengalami musim yang paling mengecewakan dalam sejarah bola sepak wanita England.. Adios!!
Read More

Millwall menanti Arsenal Ladies

Arsenal Ladies diundi menentang Millwall Lionesses dalam pusingan kedua FA Tesco Premier League Cup di tempat lawan.. Arsenal Ladies yang mudah menundukkan Watford Ladies 4-1 di pusingan pertama akan meneruskan perjuangan mempertahankan FA Tesco Premier League Cup..

Kali terakhir Arsenal Ladies bertemu Millwall ialah pada perlawanan akhir London County Cup di mana Arsenal menang 3-2 hasil 2 jaringan dari bekas penyerang Arsenal iaitu Suzanne Grant dan pemain tengah muda Arsenal Natalie Ross..

Arsenal akan berkunjung ke Millwall pada 4 Oktober ini selepas perlawanan pembukaan Women Champions League menentang PAOK.. Arsenal Ladies akan menentang Birmingham Ladies pada 27 Oktober ini dalam perlawanan pembukaan liga.. Adios!!
Read More

Langkah cemerlang Arsenal Ladies

Arsenal Ladies memulakan langkah kanan untuk mempertahankan Piala Women's League Cup apabila bangkit dari ketinggalan 1 gol sebelum menumpaskan Watford 4-1.. Ini ialah perlawanan pertama pasukan Arsenal Ladies musim ini setelah beberapa kali ditangguhkan kerana aksi antarabangsa..

Arsenal Ladies ketinggalan seawal minit ke-3 hasil sepakan penalti yang disudahkan Sally Wade.. Namun Kim Little pemain berusia 19 tahun ini meneruskan aksi cemerlangnya sepanjang musim lepas dengan meledakkan hatrik pada minit ke 4, 26 dan 55.. Tidak mengejutkan peminat memilihnya sebagai pemain terbaik tahunan Arsenal Ladies musim lepas dalam musim pertamanya bersama Arsenal Ladies..

Helen Lander kembali membuktikan kehebatannya sebagai salah seorang penyerang prolifik liga apabila menjaringkan 1 gol pada minit ke 90.. Atikah mahu ucapkan tahniah kepada semua pemain Arsenal Ladies yang membuktikan mereka masih mampu menawan England musim ini.. Dan tidak mustahil juga Piala Women's Champions League kembali ke Arsenal.. Adios!!
Read More

Watford lawan pembuka musim Arsenal Ladies

Arsenal Ladies akan membuka tirai musim 2009/2010 mereka dengan kempen mempertahankan piala Liga apabila akan berkunjung ke Watford pada 13 September ini..

Untuk perlawanan pembuka tirai liga.. Arsenal Ladies akan bertemu dengan Birmingham Ladies pada 27 September untuk mempertahankan kejuaraan liga buat kali ke 11 dan 7 kali berturut-turut.. Namun perlawanan tersebut akan di adakan di tempat lawan..

Dan kejohanan yang paling diberikan perhatian Arsenal Ladies pula iaitu UEFA Women's Champions League akan dilangsungkan pada 30 September dengan Arsenal Ladies akan berkunjung ke Greece untuk menentang pasukan PAOK untuk Round 32..

Teruskan bersama blog ini untuk mengetahui keputusan-keputusan perlawanan Arsenal Ladies.. Adios!!
Read More