Kelly Smith the truer Arsenal Ladies Legend

Jika Arsenal lelaki mempunyai ramai pemain lagenda.. Tetapi Kelly Smith merupakan lagenda Arsenal Ladies.. The truer Legend!! Bukan sebarangan legend.. Karier Kelly bermula di Arsenal Ladies pada tahun 1995..

Namun disebabkan dapat tawaran belajar di US Kelly terpaksa meninggalkan Arsenal Ladies pada tahun 1996.. Selepas hampir 8 tahun berkelana di US.. Arsenal Ladies kembali memanggil Kelly untuk kembali ke England pada tahun 2005..

4 tahun dihabiskan Kelly di England bersama Arsenal.. Dalam tempoh tersebut Kelly banyak berada di luar padang apabila mengalami kecederaan.. Namun akhirnya Kelly kembali dan membuat 65 pernampilan dan telah menjaringkan 71 gol!!

Dalam tempohnya bersama Arsenal.. Kelly Smith telah menjulang 4 kali gelaran liga.. Dengan gelaran 3 tahun berturut-turut..

Dan sekali menjulang UEFA Women's Cup.. Walaupun Kelly Smith terlepas kedua-dua leg peringkat final kerana pergantungan perlawanan..

3 kali menang FA Cup.. Dengan 3 kali berturut-turut..

3 kali menang Women's Premier League Cup.. 2 kali berturut-turut.. Dan pada musim lepas inilah kejuaraan terkahir Kelly Smith bersama Arsenal Ladies.. Dan merupakan perlawanan terakhirnya dan menjaringkan hatrik tanda perpisahan..

Dan 4 kali menang Community Shield selama 4 tahun berturut-turut di mana Kelly Smith muncul wira dengan menjaringkan gol tunggal perlawanan musim lepas.. Sememangnya jasanya kepada Arsenal akan dirindui..

Dan Kelly Smith terbukti Arsenal Ladies Legend.. Dan tercalon dalam 5 terbaik dalam anugerah pemain terbaik dunia yang berakhir dengan Marta yang menanginya.. Dan juga menerima MBE pada tahun 2008.. Mari ikuti video clip dibawah ini.. Adios!!

Read More

Sejarah termanis Arsenal Ladies

Detik paling indah untuk Arsenal Ladies sudah semestinya semasa kemenangan UEFA Women's Cup.. Seperti yang anda lihat di ruang Video Arsenal Ladies.. Atikah telah sertakan detik-detik manis Arsenal Ladies menjulang piala tersebut..

Dan Atikah mempertingkatkan pencarian video kemengan Arsenal Ladies itu untuk ditatap fan-fan Arsenal dan Atikah sendiri.. Jadi kini timbul persoalan adakah itu kali terakhir Arsenal Ladies menjulang piala tersebut??

Jika bukan bilakah detik-detik itu akan kembali dikecapi?? Pemain-pemain Arsenal Ladies sekarang ini mempunyai misi utama iaitu membawa kembali piala tersebut ke North London musim 2009/2010..

Adakah mereka berjaya?? Sama-samalah kita nantikan.. Atikah akan updatekan dari semasa ke semasa video-video Arsenal Ladies menjulang piala UEFA Women's Cup tersebut.. Adios!!

Dan disini juga Atikah selitkan gol kemenangan yang dijaringkan bekas pemain Arsenal iaitu Alex Scott yang merupakan gol tunggal perlawanan.. Sememangnya gol tersebut cukup memukau dan cantik..

Alex Scott yang kini menyertai Kelly Smith ke Boston Breakers di liga US sejak Mac yang lalu.. Alex yang menyertai Arsenal semasa umurnya baru 8 tahun sememangnya hero Arsenal pada perlawanan itu.. Jasamu dikenang Scott..

Read More

Arsenal Ladies mengamuk !!

Arsenal Ladies memulakan pre season match mereka dengan penuh bergaya apabila membedil 13 biji peluru ke gawang Oxford City tanpa balas.. Permulaan yang baik bagi Arsenal Ladies dibawah pengurusan baru..

Kim Little pemain tengah berusia 19 tahun ini meneruskan kecermelangannya sepanjang musim lepas dengan menjaringkan 4 gol pada minit ke 48, 59, 66 dan 81.. Pemain dari skuad simpanan Ladies Arsenal iaitu Jaddine Madden pula meledak 2 gol pada minit ke 28 dan 36..

Gemma Davidson penyerang berusia 22 tahun ini yang baru pulang dari pinjaman ke US menjaringkan 2 gol pada minit ke 52 dan 56.. Sementara pemain remaja skuad Ladies Arsenal membuka pesta gol Arsenal Ladies apabila menjaringkan gol pada minit ke 2 permainan.. Dan seorang lagi pemain dari skuad simpanan iaitu Cally Rowell menjaringkan gol pada minit ke 10..

Jayne Ludlow.. Pemain tengah Arsenal ini merupakan salah seorang pemain yang mencatatkan nama selaku penjaring apabila berjaya meledak pada minit ke 26..

Helen Lander penyerang berusia 23 tahun ini mula membuktikan kemampuannya apabila menjaringkan satu gol pada minit ke 53.. Dan pemain yang baru dinaikkan dari skuad simpanan iaitu Abbie Prosser menutup pesta gol Arsenal Ladies pada minit ke 89..

Keputusan penuh Oxford City FC Ladies 0-13 Arsenal Ladies.. Tahniah diucapkan kepada pemain-pemain Arsenal Ladies yang menjaringkan gol pada perlawanan ini dan diharapkan dapat meneruskan kecermelangan ini semasa tirai musim 2009/2010 pada bulan September ini dibuka.. Adios!!
Read More

Pre Match: Oxford City FC VS Arsenal

Jika Arsenal lelaki sedang bersiap - sedia untuk perlawanan menentang Celtic.. Arsenal Ladies pula sedang membuat persiapan untuk permulaan musim baru apabila akan menentang Oxford City FC dalam perlawanan persahabatan pada pukul 2.45 pagi ini di Court Place Farm..

Arsenal Ladies akan membuat kunjugan ke Court Place Farm di bawah bimbingan jurulatih baru Arsenal Ladies iaitu Tony Gervaise.. Atikah harap Arsenal Ladies mampu memperoleh kemenangan pagi ini.. Adios!!
Read More

University of Hertfordshire

Universiti Hertfordshire mempunyai ramai pelajar-pelajar daripada Arsenal Ladies.. Sememangnya Universiti Hertfordshire memang berkait rapat dengan Arsenal Ladies.. Jadi disebabkan itulah ramai pemain-pemain Arsenal belajar di Universiti Hertfordshire..

Penjaga gol ketiga Arsenal Ladies berusia 19 tahun ini iaitu Sarah Quantrill kini berada di tahun keduanya di Universiti Hertfordshire..

Jennifer Beattie.. Pemain pertahanan Arsenal Ladies berusia 18 tahun ini baru sahaja menyertai Arsenal Ladies pada 2 Julai yang lalu.. Dan sekarang ini Jennifer Beattie akan belajar di Universiti Hertfordshire..

Natalie Ross.. Pemain tengah berusia 20 tahun ini juga merupakan salah seorang pelajar di Universiti Hertfordshire..

Cuma Claire Smith ini saja bukan pemain Arsenal Ladies.. Tetapi hasil daripada pelajarannya bersama Universiti Hertfordshire.. Claire kini merupakan physiotherapi Arsenal Ladies selepas menerima degree pada tahun 2005..

Okey inilah sahaja senarai pemain-pemain Arsenal yang sedang belajar di Universiti Hertfordshire.. Tetapi hakikatnya ialah sememangnya Universiti Hertfodshire mempunyai kaitan rapat dengan Arsenal Ladies.. Adios!!
Read More

Boreham Wood Stadium

Atikah sebenarnya sedikit terkilan disebabkan Arsenal Ladies tidak beraksi di Emirates Stadium ataupun sekurang-kurangnya di Highbury.. Arsenal Ladies berkongsi padang Boreham Wood FC..

Apa-apa pun pemain-pemain Arsenal Ladies tetap menerima sokongan padu dari penyokong.. Tetapi Atikah amat mengharapkan yang pengurusan Arsenal bertimbang rasa sedikit dengan membenarkan Arsenal Ladies beraksi di Highbury.. Adios!!
Read More

Arsenal Ladies Coaching Staff

Vic Akers bekas pengurus Arsenal Ladies ini kini merupakan Ladies General Manager disamping merupakan Kit Manager..

Tony Gervaise merupakan pengurus baru Arsenal Ladies selepas perletakkan jawatan Vic Akers.. Sebelum ini Tony Gervaise merupakan pembantu Vic Akers dan merupakan Arsenal Ladies Academy Director.. Sekarang juga Tony Gervaise merupakan Arsenal Academy Director..

Marcus Bignot pemain pertahanan berusia 34 tahun pasukan Millwall ini merupakan pembantu Tony Gervaise.. Satu lagi fakta menarik tentang Marcus Bignot ini ialah sebenarnya dia merupakan bekas kekasih penjaga gol Arsenal Ladies iaitu Emma Byrne..

Seorang lagi penolong jurulatih ialah Laura Harvey.. Laura Harvey juga merupakan jurulatih skuad simpanan Ladies Arsenal..

Clare Wheatley yang juga bekas pemain Arsenal Ladies merupakan Setiausaha, bendahari dan juga development manager..

Faye White merupakan kapten pasukan Arsenal Ladies dan juga merupakan penolong kepada Clare Wheatley sebagai pencari bakat baru dan development untuk Arsenal Ladies..

Jayne Ludlow merupakan penolong ketua pasukan Arsenal Ladies dan juga merupakan Academy Medical Officer dan juga staff akademi Arsenal Ladies..

Ciara Grant juga merupakan penolong kepada Clare Wheatley sebagai pencari bakat baru dan development untuk Arsenal Ladies..

Emma Byrne juga merupakan salah seorang staff akademi Arsenal..

Bekas penyerang Arsenal ini iaitu Kelly Smith masih ada kaitan dengan Arsenal Ladies apabila menjadi pembantu Tony Gervaise dalam academy director.. Dan dikatakan juga Kelly Smith akan menjadi pembantu first team coach..

John Bayer merupakan Centre of Excellence Director..

Claire Smith merupakan First Team Physiotherapist.. Claire juga bekerja bersama Barnet General Hospital.. Claire mula menyertai Arsenal pada tahun 2006.. Lebih menarik physiotherapist Arsenal Ladies berusia 25 tahun ini merupakan bekas pelajar University of Hertfordshire..

Anna Botsie dan Julia Davies merupakan Centre of Excellence Physios.. Itulah keseluruhan staff-staff Arsenal Ladies.. Adios!!
Read More

Arsenal Ladies face delayed start to season

Arsenal Ladies akan berdepan permulaan yang ditangguhkan apabila kebanyakan pemain England dalam skuad Arsenal menyahut cabaran skuad kebangsaan di dalam kejohanan European Championships yang akan berlangsung pada 23 Ogos hingga 10 September ini..

Selewat-lewatnya permulaan musim Arsenal akan bermula pada 13 September ini.. Atikah x pasti sama ada perlawanan Arsenal Ladies dengan Chelsea akan berlangsung pada hari ahad ini.. Sebarang berita terkini akan Atikah informkan..
Read More

Penerima MBE

Terdapat 3 pemain dan seorang bekas pemain Arsenal Ladies merupakan penerima Member of the British Empire (MBE).. Jadi Atikah akan senaraikan pemain-pemain yang mendapat pingat ini yang cukup patut dibanggakan.. Jika Gerrard untuk Liverpool.. Mereka yang Atikah senaraikan ini untuk Arsenal..

Rachel Yankey merupakan penerima pertama MBE dalam skuad Arsenal.. Rachel menerimanya pada tahun 2005 selepas aksi memukaunya bersama skuad kebangsaan England pada tahun tersebut..
Faye White merupakan penerima seterusnya pada tahun 2006..
Julie Fleeting menerima MBE pada tahun 2007..
Kelly Smith.. Bekas penyerang Arsenal ini merupakan penerima terakhir MBE di dalam kem Arsenal Ladies..
Read More

Arsenal Ladies Player (Part Two)

Jayne Ludlow pemain tengah Wales berusia 30 tahun ini merupakan pemangku kapten pasukan Arsenal Ladies.. Diakui sebagai pemain tengah terbaik.. Dan merupakan salah seorang tunjang utama kejayaan Arsenal selama beberapa tahun ini atas sumbangan-sumbangannya.. Mula menyertai Arsenal pada tahun 2000..

Ciara Grant pemain attacking midfielder Ireland berusia 31 tahun ini memasuki 12 tahun bersama Arsenal sejak menyertai Arsenal pada1998.. Ciara juga mampu beraksi sebagai pemain defensive midfielder..

Kim Little pemain tengah Scotland berusia 19 tahun ini beraksi hampir kesemua perlawanan bersama Arsenal Ladies musim lepas apabila mula menyertai Arsenal pada 2007 namun berjaya membuat impak yang besar dalam musim pertamanya bersama Arsenal.. Telah pun dipanggil skuad kebangsaannnya..

Kehebatan Kim Little ini sukar untuk diragui.. Masa depan yang agak cerah untuk Little dan Little juga berjanji mahu membawa kembali kejuaraan Eropah musim baru ini selepas gagal untuk memenanginya tahun lepas..

Natalie Ross pemain tengah Scotland berusia 20 tahun pada 14 September ini mula menyertai Arsenal pada tahun 2008.. Jarang beraksi musim lepas kerana mengalami kecederaan dan sekarang ini Natalie merupakan pelajar di Universiti Hertsfordshire..

Niamh Fahey pemain tengah Ireland berusia 22 tahun pada 13 Oktober ini mula menyertai Arsenal pada 2008.. Pemain ini mampu beraksi sebagai pemain tengah mahu pun pemain pertahanan.. Menghabiskan musim pertamanya bersama Arsenal sebagai pemain left back..

Laura Commbs pemain attacking midfielder England berusia 18 tahun ini menghabiskan sepenuh masanya dalam tahun keduanya bersama Arsenal dengan mengalami kecederaan serius.. Namun nampaknya musim ini Laura lebih bersedia dan lebih kuat dari sebelumnya untuk kembali memperkuatkan jentera tengah Arsenal..

Abbie Prosser pemain tengah berusia 18 tahun pada 4 September ini merupakan pemain yang dinaikkan dari skuad Akademi Arsenal Ladies.. Dianggap sebagai prospek yang bakal menyinar bersama Arsenal tidak lama lagi..

Julie Fleeting penyerang sensasi Arsenal yang dihormati semua orang yang mengenalinya di atas kehebatannya di atas padang.. Julie juga bermain bersama pasukan basketball.. Meskipun berusia 28 tahun kapten pasukan Scotland ini menerima MBE pada 2008.. Telah pun menjaringkan 79 gol dalam 68 perlawanannya bersama Arsenal sejak menyertainya pada tahun 2004..

Julie terlepas separuh musim lepas kerana mengandungkan anak pertamanya.. Dan sumbangan Julie selepas ketiadaan seorang lagi penyerang berbakat Arsenal iaitu Kelly Smith dan pengantinya Suzanne Grant yang tidak menyambung kontraknya pastinya kembali ditagih skuad Ladies Arsenal untuk musim baru ini..

Rachel Yankey penyerang England berusia 29 tahun ini pernah bersama Arsenal pada tahun 1996-2000 sebelum kembali ke pangkuan Arsenal Ladies pada 2005.. Dalam 37 penampilannya bersama Arsenal Yankey sudah menjaringkan 18 gol..

Gemma Davison penyerang England berusia 22 tahun ini mula menyertai Arsenal pada tahun 2001 dengan menyertai akademi Arsenal.. Pada musim panas yang lalu.. Gemma menyertai Chicago Red Eleven di US selama 3 bulan untuk memantapkan lagi aksinya..

Gemma merupakan serang penyerang berbakat Arsenal dengan kepantasannya dan ketajamannya semasa situasi one on one.. Dalam 22 pernampilannya bersama Arsenal Gemma telah pun menjaringkan 7 gol..

Halen Lander baru menyertai Arsenal pada Januari 2009 yang lalu.. Penyerang Wales berusia 23 tahun ini merupakan salah seorang penyerang berbakat yang Arsenal ada.. Menjaringkan gol pertamanya semasa debutnya..

Lauren Bruton penyerang England muda berusia 17 tahun pada 22 November ini merupakan salah seorang pemain akademi terbaik Arsenal.. Seorang penyerang yang cukup berbakat dan sudah pastinya mempunyai masa depan yang cerah bersama Arsenal..

Itulah keseluruhan profile pemain skuad Ladies Arsenal.. Teruskan mengikuti dan mengpromot blog ini kepada fan Arsenal untuk memastikan misi fan Arsenal tahu segalanya pasal Arsenal tercapai.. Adios!!
Read More