Tuesday, August 11, 2009

Arsenal Ladies Player (Part One)

Emma Byrne (30).. Penjaga gol nombor satu Arsenal dan juga Republik Ireland.. Mula menyertai Arsenal dari tahun 2000.. Dan merupakan salah seorang pemain yang sering beraksi bersama Arsenal dan pernah diundi sebagai pemain terbaik tahunan pada tahun 2003 dan 2005.. Emma Byrne merupakan hero pada final UEFA Women's Cup apabila beraksi cemerlang sepanjang aksi final tersebut..

Rebecca Spencer penjaga gol England berusia 18 tahun ini merupakan penjaga gol kedua Arsenal Ladies.. Rebecca menyertai Arsenal pada 2001 semasa baru berusia 10 tahun.. Baru 4 tahun bersama skuad senior Arsenal Ladies..

Sarah Quantrill (England) merupakan penjaga gol ketiga Arsenal berusia 19 tahun.. Menyertai Arsenal pada 2007 dan menghabiskan 2 tahun bermain bersama skuad akademi Arsenal.. Sarah masih lagi belajar di Herts University dalam tahun keduanya.. Untuk pengetahuan anda Herts University itu merupakan University yang berhubungan dengan akademi Arsenal..

Corrine Yorston pemain pertahanan England berusia 26 tahun ini baru sahaja menyertai Arsenal pada 2 Julai yang lalu.. Sebelum ini Corrine menjadi kapten pasukan Bristol Academy.. Corrine sering beraksi sebagai left back..

Yvonne Tracy pemain pertahanan Republik Ireland berusia 28 tahun ini tidak beraksi sepanjang musim 2008/2009 kerana mengalami kecederaan buku lali.. Mula menyertai Arsenal semasa berusia 18 tahun iaitu pada tahun 2000..

Gilly Flaherty pemain pertahanan England berusia 18 tahun pada 24 Ogos ini menyertai akademi Arsenal semasa berusia 12 tahun.. Walaupun baru berusia 18 tahun.. Gilly sudah beraksi sebanyak 12 kali bersama Arsenal..

Diangap prospek masa depan bola sepak wanita.. Mampu beraksi di mana-mana bahagian pertahanan dan bijak mengunakan kedua-dua belah kakinya.. Mula menyertai skuad senior Arsenal pada tahun 2006..

Kapten pasukan skuad Ladies Arsenal iaitu Faye White.. Pemain pertahanan England berusia 31 tahun ini terlepas aksi sepanjang musim lepas apabila mengalami kecederaan buku lali.. Dianggap sebagai pemain pertahanan terbaik di England.. Mula menyertai Arsenal semasa berusia 18 tahun pada tahun 1996..

Jennifer Beattie pemain pertahanan Scotland berusia 18 tahun ini merupakan salah seorang pemain yang baru menyertai Arsenal pada 2 Julai yang lalu Dari Celtic Ladies.. Jennifer belajar di Herts University..

Laura Bassett pemain pertahanan England berusia 26 tahun ini baru memasuki tahun keduanya bersama Arsenal sejak menyertai Arsenal musim panas yang lepas dari Birmingham City.. Mampu beraksi sebagai pemain pertahanan mahu pun pemain tengah..

Katie Chapman pemain pertahanan mahu pun pemain tengah Arsenal berusia 27 tahun ini mula menyertai Arsenal semasa tahun 2006.. Katie merupakan tough-tackle.. Sudah mempunyai 2 anak lelaki iaitu Harvey dan Reilly..

Itulah serba sedikit profile skuad Ladies Arsenal.. Atikah akan sambung lagi profile-profile pemain yang Atikah belum sebut lagi di dalam artikel yang lain.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment