Thursday, August 20, 2009

Arsenal Ladies mengamuk !!

Arsenal Ladies memulakan pre season match mereka dengan penuh bergaya apabila membedil 13 biji peluru ke gawang Oxford City tanpa balas.. Permulaan yang baik bagi Arsenal Ladies dibawah pengurusan baru..

Kim Little pemain tengah berusia 19 tahun ini meneruskan kecermelangannya sepanjang musim lepas dengan menjaringkan 4 gol pada minit ke 48, 59, 66 dan 81.. Pemain dari skuad simpanan Ladies Arsenal iaitu Jaddine Madden pula meledak 2 gol pada minit ke 28 dan 36..

Gemma Davidson penyerang berusia 22 tahun ini yang baru pulang dari pinjaman ke US menjaringkan 2 gol pada minit ke 52 dan 56.. Sementara pemain remaja skuad Ladies Arsenal membuka pesta gol Arsenal Ladies apabila menjaringkan gol pada minit ke 2 permainan.. Dan seorang lagi pemain dari skuad simpanan iaitu Cally Rowell menjaringkan gol pada minit ke 10..

Jayne Ludlow.. Pemain tengah Arsenal ini merupakan salah seorang pemain yang mencatatkan nama selaku penjaring apabila berjaya meledak pada minit ke 26..

Helen Lander penyerang berusia 23 tahun ini mula membuktikan kemampuannya apabila menjaringkan satu gol pada minit ke 53.. Dan pemain yang baru dinaikkan dari skuad simpanan iaitu Abbie Prosser menutup pesta gol Arsenal Ladies pada minit ke 89..

Keputusan penuh Oxford City FC Ladies 0-13 Arsenal Ladies.. Tahniah diucapkan kepada pemain-pemain Arsenal Ladies yang menjaringkan gol pada perlawanan ini dan diharapkan dapat meneruskan kecermelangan ini semasa tirai musim 2009/2010 pada bulan September ini dibuka.. Adios!!

2 comments:

Dial-Square said...

ni..bebetul punyo mengamok ni......
salute la...

atikah bila nak join tim ni..
lih ngamok skaliiii

August 21, 2009 at 1:23 AM
atikah said...

ntahlah.. lama lagi kut.. kalau dapat tersenarai.. asyik ponteng latihan je mcm mana nak dpt masuk skuad senior arsenal ladies nie.. nak kena suruh mak atikah beli umah dkt londonlah baru boleh masuk team nie kut..

August 21, 2009 at 8:26 PM

Post a Comment