Monday, August 10, 2009

Ladies Honours!!

Arsenal Ladies berjaya memenangi UEFA Women's Cup Winners pada tahun 2007 apabila menang 1-0 secara agregat mengatasi Umea IK pada tahun 2007.. Walaupun terpaksa beraksi tanpa penyerang terbaik pasukan iaitu Kelly Smith yang digantung perlawanan..

Walaupun berdepan Umea IK yang sudah menang 2 kali kejuaraan ini sebelum ini.. Atau pun dengan kata lainnya merupakan juara bertahan.. Namun Arsenal berjaya juga menjulang trofi ini apabila berjaya mengecewakan penyerang terbaik mereka iaitu Marta hasil ketangkasan penjaga gol Arsenal iaitu Emma Byrne..

Arsenal Ladies sudah 11 kali menjulan FA Women's Premier League iaitu kejuaraan liga.. Arsenal Ladies menang pada tahun 1993, 1995 dan 1997.. 2 tahun berturut-turut pada 2001 dan 2002.. Sebelum mempertahankannya selama 6 tahun berturut-turut dari 2002 hingga 2009..

Kejayaan liga musim lepas bukanlah semudah seperti kebiasaannya apabila ditentang hebat Ladies Everton sebelum mengatasi mereka pada perlawanan terakhir dengan kelebihan gol hasil jaringan tunggal Suzanne Grant..

Arsenal Ladies sudah 10 kali menjulang FA Women's Cup iaitu pada tahun 1993 dan 1995.. 2 tahun berturut-turut pada tahun 1998 hingga 1999.. 2001 dan 2004.. Dan 4 kali berturut-turut pada tahun 2006 hingga 2009..

Arsenal Ladies sudah 10 kali menjulang FA Women's Premier League Cup iaitu 3 tahun berturut dari 1992 hingga 1994.. 4 kali berturut-turut pada tahun 1998 hingga 2001.. Dan 2005, 2007 dan 2009..

Kemenangan FA Women's Premier League Cup pada 26 Februari yang lalu disambut dengan hiba apabila itu merupakan perlawanan terakhir buat penyerang terbaik Arsenal Ladies iaitu Kelly Smith yang berhijrah ke US selepas itu..

Pada perlawanan itu Kelly Smith menjaringkan hatrik pada perlawanan terakhirnya dan merupakan piala terakhirnya bersama Arsenal.. Sepanjang 65 penampilannya bersama Arsenal.. Smith telah menjaringkan 71 gol.. Dan telah memenangi 15 piala bersama Arsenal..

Arsenal menang 4 kali dan 1 kongsi piala FA Women's Community Shield pada 1999/2000 (kongsi).. 2001/2002.. Dan 3 kali berturut-turut dari 2005 hingga 2008.. Arsenal 8 kali menjulang London County FA Women's Cup 3 kali berturut-turut dari 1995 hingga 1997.. Pada tahun 2000.. Dan 3 kali berturut-turut pada 2007 hingga 2009..

Itulah serba sedikit Kejayaan Arsenal Ladies.. Tetapi 32 piala yang dimenangi Arsenal Ladies itu hadir dibawah bimbingan Vic Akers selama 22 tahun!! Vic Akers mengumumkan perletakkan jawatannya sebaik tamat musim lepas apabila menerima tawaran menjadi General Manager Arsenal..

Hasil kejayaan Arsenal Ladies ini berpunca dari pemain-pemain muda dan berpengalaman.. Dan atas sebab itulah Arsenal Ladies muncul sebagai pasukan terbaik England.. Dan adakah kejayaan ini akan berterusan di bawah kendalian pengurus baru iaitu Tony Gervaise..

Dan tanpa heroin Arsenal musim lepas yang menggantikan Kelly Smith iaitu Suzanne Grant x tidak dilanjutkan kontraknya..

Dan dapatkah Julie Fleeting kembali menemui sentuhan terbaiknya sebaik sahaja kembali selepas melahirkan anak perempuannya pada bulan 27 Julai yang lalu.. Semuanya akan terjawab sebaik sahaja musim depan bermula.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment