Wednesday, August 12, 2009

Arsenal Ladies Player (Part Two)

Jayne Ludlow pemain tengah Wales berusia 30 tahun ini merupakan pemangku kapten pasukan Arsenal Ladies.. Diakui sebagai pemain tengah terbaik.. Dan merupakan salah seorang tunjang utama kejayaan Arsenal selama beberapa tahun ini atas sumbangan-sumbangannya.. Mula menyertai Arsenal pada tahun 2000..

Ciara Grant pemain attacking midfielder Ireland berusia 31 tahun ini memasuki 12 tahun bersama Arsenal sejak menyertai Arsenal pada1998.. Ciara juga mampu beraksi sebagai pemain defensive midfielder..

Kim Little pemain tengah Scotland berusia 19 tahun ini beraksi hampir kesemua perlawanan bersama Arsenal Ladies musim lepas apabila mula menyertai Arsenal pada 2007 namun berjaya membuat impak yang besar dalam musim pertamanya bersama Arsenal.. Telah pun dipanggil skuad kebangsaannnya..

Kehebatan Kim Little ini sukar untuk diragui.. Masa depan yang agak cerah untuk Little dan Little juga berjanji mahu membawa kembali kejuaraan Eropah musim baru ini selepas gagal untuk memenanginya tahun lepas..

Natalie Ross pemain tengah Scotland berusia 20 tahun pada 14 September ini mula menyertai Arsenal pada tahun 2008.. Jarang beraksi musim lepas kerana mengalami kecederaan dan sekarang ini Natalie merupakan pelajar di Universiti Hertsfordshire..

Niamh Fahey pemain tengah Ireland berusia 22 tahun pada 13 Oktober ini mula menyertai Arsenal pada 2008.. Pemain ini mampu beraksi sebagai pemain tengah mahu pun pemain pertahanan.. Menghabiskan musim pertamanya bersama Arsenal sebagai pemain left back..

Laura Commbs pemain attacking midfielder England berusia 18 tahun ini menghabiskan sepenuh masanya dalam tahun keduanya bersama Arsenal dengan mengalami kecederaan serius.. Namun nampaknya musim ini Laura lebih bersedia dan lebih kuat dari sebelumnya untuk kembali memperkuatkan jentera tengah Arsenal..

Abbie Prosser pemain tengah berusia 18 tahun pada 4 September ini merupakan pemain yang dinaikkan dari skuad Akademi Arsenal Ladies.. Dianggap sebagai prospek yang bakal menyinar bersama Arsenal tidak lama lagi..

Julie Fleeting penyerang sensasi Arsenal yang dihormati semua orang yang mengenalinya di atas kehebatannya di atas padang.. Julie juga bermain bersama pasukan basketball.. Meskipun berusia 28 tahun kapten pasukan Scotland ini menerima MBE pada 2008.. Telah pun menjaringkan 79 gol dalam 68 perlawanannya bersama Arsenal sejak menyertainya pada tahun 2004..

Julie terlepas separuh musim lepas kerana mengandungkan anak pertamanya.. Dan sumbangan Julie selepas ketiadaan seorang lagi penyerang berbakat Arsenal iaitu Kelly Smith dan pengantinya Suzanne Grant yang tidak menyambung kontraknya pastinya kembali ditagih skuad Ladies Arsenal untuk musim baru ini..

Rachel Yankey penyerang England berusia 29 tahun ini pernah bersama Arsenal pada tahun 1996-2000 sebelum kembali ke pangkuan Arsenal Ladies pada 2005.. Dalam 37 penampilannya bersama Arsenal Yankey sudah menjaringkan 18 gol..

Gemma Davison penyerang England berusia 22 tahun ini mula menyertai Arsenal pada tahun 2001 dengan menyertai akademi Arsenal.. Pada musim panas yang lalu.. Gemma menyertai Chicago Red Eleven di US selama 3 bulan untuk memantapkan lagi aksinya..

Gemma merupakan serang penyerang berbakat Arsenal dengan kepantasannya dan ketajamannya semasa situasi one on one.. Dalam 22 pernampilannya bersama Arsenal Gemma telah pun menjaringkan 7 gol..

Halen Lander baru menyertai Arsenal pada Januari 2009 yang lalu.. Penyerang Wales berusia 23 tahun ini merupakan salah seorang penyerang berbakat yang Arsenal ada.. Menjaringkan gol pertamanya semasa debutnya..

Lauren Bruton penyerang England muda berusia 17 tahun pada 22 November ini merupakan salah seorang pemain akademi terbaik Arsenal.. Seorang penyerang yang cukup berbakat dan sudah pastinya mempunyai masa depan yang cerah bersama Arsenal..

Itulah keseluruhan profile pemain skuad Ladies Arsenal.. Teruskan mengikuti dan mengpromot blog ini kepada fan Arsenal untuk memastikan misi fan Arsenal tahu segalanya pasal Arsenal tercapai.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment