Monday, September 14, 2009

Langkah cemerlang Arsenal Ladies

Arsenal Ladies memulakan langkah kanan untuk mempertahankan Piala Women's League Cup apabila bangkit dari ketinggalan 1 gol sebelum menumpaskan Watford 4-1.. Ini ialah perlawanan pertama pasukan Arsenal Ladies musim ini setelah beberapa kali ditangguhkan kerana aksi antarabangsa..

Arsenal Ladies ketinggalan seawal minit ke-3 hasil sepakan penalti yang disudahkan Sally Wade.. Namun Kim Little pemain berusia 19 tahun ini meneruskan aksi cemerlangnya sepanjang musim lepas dengan meledakkan hatrik pada minit ke 4, 26 dan 55.. Tidak mengejutkan peminat memilihnya sebagai pemain terbaik tahunan Arsenal Ladies musim lepas dalam musim pertamanya bersama Arsenal Ladies..

Helen Lander kembali membuktikan kehebatannya sebagai salah seorang penyerang prolifik liga apabila menjaringkan 1 gol pada minit ke 90.. Atikah mahu ucapkan tahniah kepada semua pemain Arsenal Ladies yang membuktikan mereka masih mampu menawan England musim ini.. Dan tidak mustahil juga Piala Women's Champions League kembali ke Arsenal.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment