Wednesday, October 7, 2009

PAOK dibelasah lagi

Arsenal Ladies jelas tidak bermain-main apabila menentang PAOK lawan yang mereka belasah 9-0 minggu lalu.. Tony Gervaise dengan lantangnya menyeru supaya anak-anak buahnya tidak mengambil mudah perlawanan ini.. Dan mereka membuktikannya apabila menumpaskan PAOK 9-0 dan mara ke suku akhir dengan agregat 18-0..

Kim Little yang menjaringkan 4 gol di Greece minggu lalu sekali lagi beraksi cemerlang apabila berjaya menjaringkan hatrik.. Little menjaringkan gol pembukaan perlawanan pada minit ke 10 selepas menerima hantaran dari Gemma Davidson.. 2 minit selepas itu Little sekali lagi menjaringkan gol.. Dan 2 minit selepas separuh masa kedua Little melengkapkan hatriknya..

Kapten pasukan pada perlawanan ini selepas Faye White dan Jayne Ludlow direhatkan iaitu Katie Chapman juga tidak melepaskan kesempatan untuk menjaringkan gol pada minit ke 17..

Jennifer Beattie yang beraksi cemerlang pada perlawanan hari ahad yang lalu meneruskan sumbangannya dari segi gol apabila menjaringkan 1 gol walaupun beraksi di bahagian pertahanan.. Satu cara yang bagus untuk Beattie memulakan musim pertamanya bersama Arsenal.. Arsenal berjaya mendahului 5-0 semasa tamat separuh masa pertama dengan satu lagi gol ialah own gol..

Gemma Davidson yang mencipta peluang kepada Little tidak melepaskan peluang untuk menjaringkan gol 16 minit sebelum tamat perlawanan..

Lauren Bruton yang disifatkan sebagai bakat masa depan bola sepak wanita membuktikan kehebatannya apabila menjaringkan satu gol pada minit ke 77.. Kalau anda semua nak tahu Bruton baru berusia 17 tahun pada bulan November ini!!

Laura Coombs yang baru kembali selepas mengalami kecederaan lutut musim lepas melengkapkan malam gemilang Arsenal Ladies apabila menjaringkan satu gol pada minit ke 84.. Tahniah buat Arsenal Ladies yang melangkah ke peringkat suku akhir UEFA Women's Champions League..

Lawan Arsenal Ladies di peringkat suku akhir ialah AC Sparta Praha wakil dari Republik Czech yang menumpaskan wakil Kazakhstan Alma KTZH 2-1 secara agregatnya.. Arsenal Ladies akan ke Republik Czech pada 4 November ini sebelum menerima kunjungan mereka pada 11 November.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment