Tuesday, November 24, 2009

Laluan Sukar Arsenal Ladies

Inilah piala yang menjadi idaman pemain Arsenal Ladies.. Trofi UEFA Women's Champions League.. Namun sebelum Arsenal Ladies berjaya menjulang trofi yang baru ini selepas format Champions League diperbaharui musim ini.. Mereka perlu menumpaskan juara bertahan Eropah iaitu FCR 2001 Duisburg..

FCR 2001 Duisburg bukan sahaja juara bertahan Eropah tetapi juga merupakan juara liga Jerman.. Duisburg sudah semestinya muncul sebagai pilihan pada kejohanan kali ini.. Tapi perlu diingatkan yang Arsenal Ladies pernah menumpaskan juara bertahan Eropah tanpa tonggak penting seperti Kelly Smith..

Selepas Atikah dapat tahu Arsenal berdepan laluan sukar untuk layak ke peringkat separuh akhir.. Atikah pantas menemu ramah jurulatih Arsenal Ladies yang jelas bersemangat untuk melihat anak-anak didiknya menumpaskan juara bertahan itu..

Tony Gervaise berjanji untuk mencari kelemahan dan kekuatan pasukan Duisburg sebelum perlawanan pada bulan Mac nanti yang akan berlangsung di German pada 10 Mac sebelum menanti kunjungan mereka pada 17 Mac.. Dan Atikah yakin Arsenal mampu menewaskan mereka terutama sekali aksi konsisten dan memukau dari the new Kelly Smith iaitu Kim Little..

Dan juga kepulangan yang dinantikan iaitu kembalinya penyerang prolifik Arsenal Ladies iaitu Julie Fleeting.. Dan kemungkinan Kelly Smith akan turut serta dalam perlawanan ini jika urusan perpindahannya ke Arsenal secara pinjaman berjalan lancar.. Atikah yakin Arsenal Ladies mampu membawa pulang trofi ini..

Atikah yakin jika Arsenal berjaya menjulang trofi ini tonggak utama Arsenal Ladies iaitu Kim Little mampu menjadi pemain wanita terbaik dunia pada tahun hadapan jika dia meneruskan aksi cemerlangnya ini.. Walaupun usianya baru mahu memasuki 20 tahun.. Namun aksi bertaraf dunianya musim ini mampu menyaksikan Kim Little muncul pencabar anugerah pemain wanita terbaik dunia..


Pemain pertama dan terakhir buat masa ini untuk pasukan Arsenal Ladies yang mencabar anugerah pemain wanita terbaik dunia ialah lagenda Arsenal Ladies iaitu Kelly Smith yang berada di kelompok top 5 pada tahun 2008.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment