Thursday, December 3, 2009

Arsenal belasah Watford

Arsenal Ladies berjaya membelasah Watford 6-2 untuk merapatkan jurang dengan pendahulu liga dengan Arsenal Ladies masih mempunyai 5 perlawanan di dalam tangan.. Tetapi disebalik kemenangan ini Atikah ada satu berita yang sangat-sangat sedih.. Tapi Atikah akan beritahu sebaik sahaja selesai post match perlawanan menentang Watford.. Iaitu di dalam artikel lain..

Julie Fleeting yang kembali bersama pasukan bulan lepas selepas selamat melahirkan anak perempuan kembali menemui sentuhan terbaiknya apabila menjaringkan gol pembukaan untuk Arsenal Ladies seawal minit ke-11.. Ini merupakan gol kelimanya sebaik kembali bersama pasukan..

Namun pada minit ke-38 Watford berjaya menjaringkan gol penyamaan selepas Gilly Flaherty menolak masuk bola ke gawang sendiri.. Tamat separuh masa pertama Arsenal Ladies terikat 1-1 bersama Watford..

Katie Chapman menjaringkan gol ketiga perlawanan dan kedua untuk Arsenal pada minit ke-52 untuk sekali lagi memberikan pendahuluan kepada Arsenal.. Ini merupakan gol ke-5 nya bersama Arsenal sepanjang musim ini..

Kim Little meneruskan aksi konsistennya menjaringkan gol apabila memberikan pendahuluan 3-1 ke atas Watford semasa perlawanan memasuki minit ke-69.. Ini merupakan gol ke-25 nya dalam 15 perlawanan !! Wow.. Satu rekod yang cukup mengkagumkan.. Namun 3 minit kemudiannya Watford merapatkan kedudukan kepada 3-2..

Gemma Davison memberikan advantage 2 gol selepas menjaringkan gol ke-6 nya musim ini pada minit ke-73..

Penolong kapten pasukan Arsenal Ladies iaitu Jayne Ludlow menjaringkan gol ke-3 nya musim ini selepas menjaringkan gol pada minit ke-79 untuk memberikan pendahuluan 5-2..

Helen Lander melengkapkan kemenangan 6-2 Arsenal apabila menjaringkan gol sebelum seminit lagi masa sebenar perlawanan ditamatkan.. Ini merupakan gol ke-7 nya musim ini untuk membolehkannya berada di tempat kedua sebagai penjaring terbanyak skuad Arsenal Ladies dibelakang Kim Little.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment