Tuesday, December 15, 2009

Arsenal Ladies belasah Bristol Academy

Atikah nak minta maaf sebab lambat postkan memandangkan Atikah busy sikit kebelakangan nie.. Arsenal Ladies yang baru sahaja mencatatkan kemenangan besar mengatasi Bristol Academy pada 13 Disember yang lalu untuk membolehkan mereka melonjak ke tangga kedua liga dengan 7 perlawanan di dalam tangan..

Kim Little sekali lagi memacu pasukan ladies Arsenal untuk mencatat kemenangan 8-0 walaupun dia hanya menjaringkan 2 gol pada perlawanan ini iaitu menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-13.. Little menjaringkan gol ke-28 nya musim ini pada minit ke-74..

Jayne Ludlow pula menjaringkan gol keempatnya untuk musim ini pada minit ke-26 untuk memberikan pendahuluan 2 gol untuk pasukan Arsenal..

Helen Lander pula menjaringkan gol ketiga perlawanan pada minit ke-31 dan ke-8 nya untuk musim ini.. Ketinggalan 20 gol dibelakang Kim Little..

Gemma Davison membuka pesta gol untuk separuh masa kedua hasil rembatan padunya dari kotak penalti pada minit ke-58 yang sukar untuk ditepis penjaga gol Bristol Academy.. Ini merupakan gol ke-7 nya musim ini untuk membolehkannya berada di tempat ketiga senarai penjaring gol Arsenal..

Katie Chapman yang semakin menghampiri pintu keluar Arsenal pada bulan Mac nanti selepas sah akan menyertai Chicago Red Stars.. Chapman jelas mahu memastikan dia meninggalkan Arsenal dengan satu kejayaan yang akan dikenang fan Arsenal Ladies.. 6 gol sudah dijaringkan Chapman musim ini..

Jennifer Beattie strike again!! Hanya 7 minit diperlukan Beattie untuk menjaringkan gol ini selepas masuk mengantikan kapten pasukan Faye White.. Hmm.. Pemain pertahanan berusia 18 tahun nie memang patut bermain sebagai pemain penyerang.. 6 gol sudah dijaringkannya.. Dan kebanyakan gol yang dijaringkannya itu muncul sebagai pemain gantian!!

Danielle Carter menjaringkan gol pertamanya untuk skuad Arsenal Ladies selepas menjaringkan gol terakhir menentang Bristol Academy pada minit ke-80 seminit selepas Beattie jaringkan gol.. Kemenangan besar ini membolehkan Arsenal Ladies berada ditempat kedua carta liga dibelakang Sunderland Ladies dengan ketinggalan 7 mata dan Arsenal Ladies masih mempunyai 7 perlawanan di dalam tangan!!

Arsenal Ladies akan berehat sehingga 10 Januari nanti dengan perlawanan pertama selepas berehat hampir sebulan menentang Sunderland yang menewaskan Arsenal 2-1 di dalam saingan liga selepas dibelasah Arsenal Ladies 5-1 seminggu sebelum itu..

Namun kali ini Arsenal Ladies dan Sunderland Ladies membuat perhitungan di saingan Piala FA pusingan keempat.. Arsenal perlu menang untuk mencerahkan peluang mempertahankan piala ini dan mencerahkan peluang memenangi treble iaitu kejuaraan liga, Piala FA dan Women's Champions League.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment