
Berita yang paling Atikah x suka.. Arsenal Ladies gagal mempertahankan trofi Premier League Cup apabila tewas 2-1 di masa tambahan.. Nampaknya bye-bye trofi ke-15 untuk Katie Chapman sebelum melangkah meninggalkan Arsenal Ladies bulan Mac tahun depan..

Everton mendahului seawal minit ke-3 sebelum Arsenal Ladies terpaksa bermain seramai 10 orang semasa perlawanan baru berusia 25 minit selepas penjaga gol Arsenal iaitu Emma Byrne dilayangkan kad merah selepas menumbuk pemain Everton..

Disangkakan Everton mampu menewaskan Arsenal dengan mudah.. Namun pemain-pemain Arsenal memastikan ianya tidaklah semudah yang disangkakan.. Arsenal dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain Everton.. Kim Little tidak mempersia-siakan peluang untuk menyamakan kedudukan dan menjaringkan gol ke-26 nya musim ini pada minit ke-36..
Semasa perlawanan seakan-akan ditentukan menerusi sepakan penalti.. Pemain Everton akhirnya berjaya menumpaskan pasukan Arsenal Ladies 2-1.. Namun Atikah tabik pemain-pemain Arsenal Ladies yang beraksi bermati-matian tanpa seorang pemain.. Adios!!
0 comments:
Post a Comment