Friday, April 16, 2010

Ladies terus cemerlang

Arsenal Ladies terus memberikan tekanan kepada pendahulu liga, Leeds Carnegie selepas mudah menewaskan Millwall Lionesses 5-1 untuk hanya ketinggalan 1 mata dibelakang Leeds dengan 2 perlawanan dalam tangan..

Kim Little meneruskan musim fenomenanya bersama Arsenal selepas menjaringkan 42 gol sepanjang musim ini dalam kesemua pertandingan selepas meledakkan 2 gol pada separuh masa pertama untuk Arsenal medahului 2-0 pada separuh masa pertama.. Namun pemain terbaik tahunan Arsenal Ladies musim lepas ini melepaskan peluang keemasan untuk menjaringkan hatrik selepas gagal menyudahkan sepakan penalti..

Ciara Grant menjaringkan gol ketiga Arsenal Ladies pada minit ke-52 untuk 2 minit selepas itu Millwall merapatkan jurang selepas Emma Byrne gagal menyelamatkan sepakan penalti yang diambil Emma Beckett..

Jika Kim Little meneruskan aksi fenomenanya untuk Arsenal.. Rachel Yankey meneruskan aksi memukau dan yang terbaik pernah ditampilkannya untuk Arsenal Ladies sejak menyertai pasukan pada tahun 2005.. Yankey memastikan Millwall tidak terdaya mengejar Arsenal apabila menjaringkan gol keempat Arsenal pada minit ke-78 untuk gol kesebelasnya sepanjang musim ini..

Penyerang berusia 24 tahun, Helen Lander yang dibeli Arsenal musim sejuk tahun lepas membuktikan kehebatannya musim ini selepas meledak gol keempat belasnya untuk Arsenal sepanjang musim ini.. Ianya memastikan dia terus berada di tangga kedua penjaring terbanyak Arsenal Ladies dibelakang Kim Little..

Namun Arsenal Ladies tidak memerlukan masa yang lama untuk terus mengejar Leeds selepas kedua-dua pasukan ini akan bertemu hujung minggu ini.. Jika Arsenal menang ianya mungkin bermakna Arsenal Ladies akan terus mengekalkan mahkota liga mereka buat kali ketujuh berturut-turut..

Namun piala tersebut dijangka akan diberikan kepada Arsenal (jika Arsenal berjaya memenanginya) di perlawanan terakhir liga yang mungkin penentu kejuaraan liga musim 2009/2010 di antara Arsenal dan Leeds, di Emirates Stadium selepas perlawanan terakhir musim pada 12 May ini disahkan akan berlangsung di gelanggang keramat Arsenal..

Lebih menarik perlawanan tersebut akan menyaksikan Arsenal dan Leeds bertembung sekali lagi.. Jadi ianya mungkin akan menjadi penentu kejuaraan liga musim ini.. Namun dengan 1 mata ketinggalan dan 2 perlawanan dalam tangan, ianya tiada keraguan lagi Arsenal Ladies akan terus mempertahankan kejuaraan mereka..

Atikah yakin jika kejuaraan liga menjadi milik Arsenal Ladies.. Piala tersebut akan diberikan di Emirates Stadium.. Tidak sabar untuk menyaksikannya.. Adios!!

1 comments:

frank said...

Dear Webmaster,

I came across your Blog recently. I wanted to ask if you would please consider placing a link to my website called SportsMemorabilia.com?

We have an extensive collection of autographed and unsigned memorabilia for all your favorite athletes and teams.

If you think it would be of use to your visitors, would you please consider adding a link to my website on your page. We are happy to offer you a 10% discount to our Online Store if you do so.

Here is the link you could add:

http://www.sportsmemorabilia.com/ - a one-stop shop for sports memorabilia fans!

Please let me know if you have any questions.

Thanks!

Frank
SportsMemorabilia.com
frank641w@gmail.com

February 15, 2011 at 4:25 PM

Post a Comment