Thursday, June 20, 2013

2013 First Half of the Season Review

Dengan bahang UEFA Women's EURO di Sweden semakin terasa dan seramai 6 pemain Arsenal Ladies telah dipanggil Hope Powell untuk kejohanan tersebut, ianya turut memberi makna musim Arsenal Ladies telah tamat untuk separuh pertama musim. Ianya separuh pertama musim yang penuh 'up and down' ataupun 'a roller coaster ride'. Berikut adalah pencapaian Arsenal Ladies untuk separuh pertama musim.

Mara ke separuh akhir UEFA Women's Champions League sebelum tumbang kepada VFL Wolfsburg yang kemudiannya dinobatkan sebagai juara. Mara ke separuh akhir Piala Continental dan akan bertemu Everton Ladies di peringkat separuh akhir. Berada di tangga ke-5 liga FA Women's Super League. 8 mata dibelakang pendahulu Liverpool Ladies dan Bristol Academy namun Arsenal mempunyai kelebihan 2 perlawanan.

First thing first. Arsenal Ladies kini dibawah pengurusan baru. Selepas Laura Harvey secara mengejut menerima tawaran Seattle Reign FC di United States, pengurus besar Arsenal Ladies, Vic Akers telah menamatkan bekas pemain Scotland dan pengurus Scotland U-19, Shelley Kerr. Shelley hanya baru sebulan menamatkan lesen UEFA Pro semasa dinamakan pengurus baru pasukan.

Namun penamaan Shelley Kerr sebagai pengurus pasukan tidak pergi tanpa sebarang keraguan daripada peminat Arsenal Ladies yang jelas tidak mengenali Kerr. Tambah berat apabila sebilangan besar penyokong Arsenal Ladies berpihak kepada Rehanne Skinner sebagai pengurus baru pasukan memandangkan pengalamannya menjadi penolong Laura Harvey berbanding pengalaman Rehanne sendiri sebagai pengurus pasukan.

Malahan Kelly Smith sendiri mengakui beliau perlu 'google' pengurus barunya itu selain daripada membuat pertanyaan kepada Vic Akers dan sudah semestinya duo Scotland Arsenal Ladies, Kim Little dan Jennifer Beattie yang cukup mengenali Kerr. Namun para pemain jelas yakin dengan Shelley yang pantas menyakinkan pemainnya sebaik mula memulakan tugasnya pada Mac 2013.

Selain daripada kontroversi pengurus, bek kanan Arsenal Ladies, Alex Scott turut memberikan kerisauan kepada peminat apabila membiarkan kontraknya tamat dan enggan menandatangani perjanjian baru sehingga pengganti Laura Harvey dinamakan. Scott akhirnya mengesahkan dirinya telah menandatangani kontrak baru selepas perlantikan Shelley dan mengakui faktor EURO pada Julai 2013 dan rasa cintanya kepada Arsenal turut menjadi punca beliau kekal.

Sebelum Arsenal Ladies memulakan perlawanan pertama mereka, kapten pasukan, Faye White akhirnya mengesahkan persaraannya. Faye bagaimanapun akan terus kekal di kelab sebagai duta Arsenal Ladies. Ini turut menyaksikan Kelly Smith telah dinamakan sebagai kapten pasukan baru Arsenal Ladies sementara Steph Houghton dinamakan penolong kapten pasukan baru.

Perlawanan pertama Arsenal Ladies adalah menentang ASD Torres di perlawanan suku akhir Champions League yang berlangsung di Boreham Wood. Hanya 12 minit selepas Kelly Smith menjaringkan gol pendahuluan, beliau terpaksa dipapah keluar padang selepas mengalami kecederaan. Arsenal akhirnya mencatatkan kemenangan 3-1 selepas gol daripada Jordan Nobbs dan Kim Little di separuh masa kedua.

Arsenal akhirnya mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Champions League selepas menundukkan ASD Torres 1-0 di Itali hasil gol daripada Niamh Fahey. Arsenal kemudiannya bermain di perlawanan Piala FA menentang Nottingham Forest di mana beberapa pemain utama direhatkan. Arsenal memenangi perlawanan 7-0 dengan Danielle Carter menjaringkan 2 gol sementara Jennifer Beattie, Jayne Ludlow, Ellen White, Jordan Nobbs dan Steph Houghton melengkapkan kemenangan bergaya tersebut.

Perlawanan itu turut menyaksikan penjaga gol ketiga Arsenal Ladies yang dipinjamkan, Sophie Harris beraksi untuk Nottingham. Meneruskan prestasi baik, Arsenal Ladies kemudiannya membelasah juara bertahan Piala FA, Birmingham City Ladies 6-0 di suku akhir. Gemma Davison dan Ellen White masing-masing menjaringkan 2 gol sementara jaringan Jordan Nobbs dan Kim Little mengesahkan kemenangan besar tersebut.

Kurang daripada seminggu selepas kejayaan tersebut Arsenal Ladies mengalami kekalahan pertama dan kemudiannya kedua berturut-turut di separuh akhir Champions League. Kegagalan Arsenal mengunakan peluang beraksi di tempat sendiri apabila tewas 2-0 di separuh pertama, menyaksikan tugas sukar menanti di Jerman. Penjaga gol Emma Byrne memastikan peluang masih cerah untuk Arsenal Ladies apabila memastikan Wolfsburg hanya mendahului 1-0 di separuh pertama selepas beberapa kali menyelamatkan gawangnya.

9 minit selepas separuh masa kedua, gol cantik dari luar kotak penalti daripada Kim Little menyaksikan Arsenal Ladies hanya memerlukan 2 gol lagi sebelum mara ke final di Stamford Bridge. Namun pengadil memberikan penalti kepada Wolfsburg 30 minit sebelum tamat perlawanan selepas bola secara tidak sengaja terkena tangan Kim Little. Walaupun sepakan penalti Nadine Kessler berjaya ditepis Byrne, Kessler kemudiannya menyudahkan peluang kedua untuk memastikan Arsenal mempunyai tugas sukar untuk bangkit kembali.

Pada akhirnya wisel penamat ditiup namun Arsenal Ladies tersingkir daripada Champions League. Namun peminat telah memuji semangat yang ditunjukkan para pemain yang tidak berputus asa untuk merobek gawang VFL Wolfsburg yang dikawal ketat. Perlawanan separuh akhir Piala FA sememangnya berada di masa yang tepat untuk menjadi perlawanan seterusnya untuk Arsenal Ladies. Pasukan yang masih terluka dengan penyingkiran di separuh akhir Champions League turut mahu membalas dendam kekalahan di separuh akhir Piala FA tahun lalu.

Pasukan Liverpool Ladies yang serba baru dan serba professional gagal untuk mengelak daripada menjadi mangsa Arsenal Ladies di Anfield. Gol daripada Kim Little dan Ellen White mengesahkan kemenangan 2-1 Arsenal Ladies untuk kemaraan ke final Piala FA menentang Bristol Academy seterusnya menjadi ulangan final Piala FA 2011 yang dimenangi Arsenal Ladies.

Namun persembahan Arsenal Ladies selepas itu mula menjadi subjek kritikan. Bermula dengan keputusan seri 1-1 menentang Lincoln Ladies di perlawanan pertama Kumpulan B untuk saingan Piala Continental. Jaringan lewat Ellen White memastikan 1 mata kepada Arsenal. Kemudian perlawanan ditunggu-tunggu pemain dan peminat di Emirates Stadium tiba.

Arsenal Ladies yang tidak pernah tewas di perlawanan liga sejak Mei 2011 dan tidak pernah tewas di Emirates telah menyaksikan Liverpool Ladies menumpaskan mereka 4-0. Keputusan yang memeranjatkan bola sepak wanita di England. Bukannya kerana Arsenal tidak boleh ditumpaskan, namun kerana jumlah gol yang dijaringkan Liverpool. Ianya juga kekalahan terbesar pertama Arsenal Ladies sejak sekian lamanya. Keputusan tersebut menyaksikan kapten pasukan England, Casey Stoney mengakui beliau perlu 'refresh' beberapa kali di Twitter kerana ketidak pecayaannya.

Arsenal Ladies kembali ke rentak kemenangan selepas menundukan Birmingham City Ladies 2-1 di perlawanan kedua Piala Continental. Gol daripada Gemma Davison dan Ellen White memastikan Arsenal Ladies hanya memerlukan 1 mata sahaja di perlawanan terakhir untuk mengesahkan tiket ke separuh akhir. Namun rentak kemenangan tersebut terhenti dengan keputusan seri 1-1 di perlawanan liga menentang Lincoln Ladies. Itu pun hasil jaringan cantik Steph Houghton pada lewat perlawanan untuk menyelamatkan 1 mata.

Dengan perlawanan akhir Piala FA semakin hampir, perlawanan menentang Bristol Academy di saingan Piala Continental dianggap sebagai 'dress rehearsal'. Dengan Bristol sudah terkeluar dan Arsenal perlukan sekurang-kurangnya 1 mata, perlawanan ini tetap penting. Bristol dilihat mahu mencatatkan kejayaan bermakna sebelum final Piala FA namun gol daripada Ellen White, Jordan Nobbs, Danielle Carter dan Kim Little mengesahkan kemenangan 4-2 dan tempat ke separuh akhir menentang Everton Ladies.

Perlawanan akhir Piala FA akhirnya tiba dengan segelintir besar pemerhati bola sepak wanita yakin akan kejayaan Bristol Academy ke atas Arsenal Ladies. Arsenal yang kembali mendapatkan khidmat Rachel Yankey yang cergas daripada kecederaan hamstring, bagaimanapun agak kecewa apabila kapten pasukan, Kelly Smith gagal cergas sepenuhnya untuk aksi final tersebut. Itu menyaksikan Steph Houghton akan mengetuai pasukan buat pertama kalinya di pentas final.

Hanya 90 saat diperlukan Steph untuk menjaringkan gol pendahuluan kepada Arsenal. Hantaran cantik Rachel Yankey disebelah kiri tepat menuju Steph Houghton yang mudah menanduk masuk gol tersebut. Steph pantas meraikan gol tersebut dengan isyarat 'syhh' mungkin sebagai respons kepada kritikan yang dilemparkan segelintir pemerhati bola sepak wanita yang sering mengingatkan para pemain tentang kekalahan 4-0 di tangan Liverpool Ladies.

Penjaga gol Bristol, Siobhan Chamberlain muncul satu-satu faktor mengapa Arsenal Ladies gagal mendahului di separuh masa pertama lebih daripada 1-0. Namun Bristol sendiri perlu menyalahkan diri sendiri apabila gagal untuk menggunakan peluang yang diberikan dengan prestasi kurang menyakinkan penjaga gol Arsenal, Emma Byrne pada 60 minit pertama perlawanan.

Menyukarkan lagi tugas Bristol untuk bangkit, pemain tengah mereka, Lucy Staniforth mengalami kecederaan serius dan perlu dirawat beberapa minit oleh staf perubatan dan juga diberikan bantuan oksigen. Arsenal menggunakan setiap peluang tersebut apabila Jordan Nobbs menanduk masuk hantaran lintang Gemma Davison dari sebelah kanan.

Ellen White yang berhak untuk menjaringkan satu gol sepanjang perlawanan hasil persembahan baiknya, akhirnya menjaringkan gol tersebut apabila rembatan deras Nobbs gagal ditangkap kemas Chamberlain yang kemudiannya menyaksikan bola tersebut menuju tepat kepada White yang tidak membuat sebarang kesilapan untuk melengkapkan kemenangan 3-0 Arsenal Ladies. Ellen White dilihat turut meraikan gol tersebut dengan satu isyarat 'syhh' selepas dikerumuni rakan sepasukannya.

Wisel penamat ditiup dan Steph Houghton bersama-sama Kelly Smith meraikan gelaran pertama mereka sebagai kapten dan penolong kapten pasukan Arsenal Ladies sementara Arsenal meraikan gelaran ke-12 Piala FA mereka daripada hanya 13 aksi final. Ini juga muncul trofi pertama untuk Shelley Kerr sebagai pengurus Arsenal Ladies, hanya 2 bulan selepas menguruskan pasukan. Kapten pasukan Lincoln Ladies dan England, Casey Stoney sebaik tamat perlawanan pantas memberitahu 'it just show that Arsenal are still the team to beat and they not going anywhere.'

Meneruskan rentak kemenangan, Arsenal Ladies sekali lagi menewaskan Bristol 3-2 di saingan liga hasil jaringan daripada Steph Houghton, Kim Little dan Gilly Flaherty. Arsenal Ladies kemudiannya menamatkan separuh pertama musim dengan kemenangan 2-1 di London derby dengan Gilly Flaherty dan Alex Scott muncul penjaring. Daripada 4 perlawanan liga, Arsenal Ladies telah mengutip 7 mata dan 8 mata dibelakang Liverpool dan Bristol yang telah beraksi lebih 2 perlawanan.

Berita dari luar padang pula... Kim Little telah dinobatkan sebagai pemenang pertama PFA Women's Players Player of the Year. Little menewaskan dua rakan sepasukannya, Jordan Nobbs dan Gemma Davison dan juga Toni Duggan dan Jess Fishlock untuk anugerah tersebut. Pada bulan Jun, Steph Houghton telah memenangi anugerah FA WSL Goal of the Month hasil jaringan dari luar kotak penaltinya menentang Lincoln Ladies.

Ianya musim yang penuh naik turun untuk Arsenal Ladies musim ini. Namun dengan penambahan beberapa pemain, tidak mustahil kejuaraan liga akan sekali lagi menjadi milik Arsenal Ladies. Dengan Liverpool Ladies dan Bristol Academy akan merasai kemuncaknya semasa saingan liga hampir berakhir, Arsenal Ladies telah beberapa kali menunjukkan mereka sering menggunakan peluang tersebut untuk memintas ataupun menjarakkan diri di puncak liga. #TrebleHopeStillAlive

0 comments:

Post a Comment