Sunday, February 7, 2010

Arsenal 3 - 2 Leeds

Kim Little, Jennifer Beattie, Niamh Fahey dan Natalie Ross masih lagi bergembira selepas membantu Universiti Hertfordshire mengekalkan kejuaraan British University Colleges and Sport Premier League South Football membantu pula skuad Arsenal Ladies mara ke suku akhir Piala FA selepas menundukkan Leeds 3-2..

Jennifer Beattie memastikan Arsenal mendahului seawal minit ke-15 dan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.. Ini merupakan gol ke-7nya musim ini dalam musim pertamanya bersama Arsebal.. Namun 8 minit selepas sepak mula kembali, Leeds menyamakan kedudukan..

Jayne Ludlow memastikan Arsenal sekali lagi mendahului pada minit ke-59 untuk gol ke-5nya musim ini.. Rachel Yankey memastikan Arsenal mendahului 2 gol pada minit ke-79 untuk gol keenamnya musim ini.. 3 minit kemudian Leeds merapatkan jurang namun pemain Arsenal berjaya bertahan sehingga tamat perlawanan..

Kemenangan ini memastikan Arsenal bertemu Doncaster di peringkat suku akhir.. Atikah yakin skuad Arsenal Ladies mampu mara ke separuh akhir memandangkan Arsenal sering menang besar dan tiada masalah untuk menewaskan Doncaster.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment