Sunday, January 24, 2010

Arsenal Ladies ubati luka

Atikah ucapkan tahniah kepada skuad Arsenal Ladies yang menundukkan seteru setempat Arsenal iaitu Chelsea walaupun fan Arsenal kecewa dengan kekalahan skuad lelaki kira-kira beberapa minit sebelum Arsenal Ladies mengesahkan kemenangan mereka bagi mengubati kekecewaan fan-fan Arsenal..

Gemma Davison menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-56 untuk memastikan Arsenal mendahului di mana sewaktu mereka mendahului pasukan lelaki Arsenal telah pun ketinggalan 2-1..

Penyerang muda berbakat berusia 16 tahun Arsenal Ladies iaitu Danielle Carter menjaringkan gol keduanya sepanjang musim ini untuk membantu Arsenal mendahului 2-0 dengan perlawanan berbaki 9 minit untuk ditamatkan di mana sewaktu itu secara sah dan rasminya skuad lelaki Arsenal telah pun tersingkir selepas tewas 3-1 kepada Stoke dalam saingan Piala FA..

Lianne Sanderson berjaya merobek gawang Arsenal yang dikawal Emma Byrne sewaktu perlawanan berbaki 6 minit untuk ditamatkan.. Untuk pengetahuan semua Sanderson yang berusia 21 tahun ini merupakan bekas pemain Arsenal sebelum menyertai pasukan kesayangannya Chelsea pada awal musim 2008/2009 selepas muncul penjaring terbanyak pasukan Arsenal menewaskan Julie Fleeting dan juga Kelly Smith pada musim 2007/2008..

Dengan kemenangan ini Arsenal merapatkan jurang dengan skuad wanita Sunderland di persada liga dengan perbezaan 4 mata di mana skuad Arsenal Ladies mempunyai 6 perlawanan di dalam tangan.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment